Thursday, September 23, 2010

Semanis madu , sepahit hempedu

Petang semalam, balik dari pejabat menumpang kereta kawan.Tempat yang dia turunkan aku tu , kebetulan ada pasar malam.Laki aku ngan simontel dah sedia menunggu.Apa lagi bila aku ngan simontel dah kepasar malam, banyak benda tang aku nak rembat, terutama makanan.Dalam otak simontel pulak nak cari games.Aku lupa jap nasi goreng melambak kat rumah.Mata terus terpegun melihat gerai sate.Tak buang masa terus rembat 20 cucuk satay ayam ngan 10 cucuk satay kambing.




Memang nampak sedap, tapi aku tak tahulah peniaga satay sekarang terlampau kedekut ngan rempah satay.maksud aku semasa memerap satay, tak letak jintan manis, jintan putih dan rempah kering lain.Kalau letak pun kurang, yang banyak rasa manis je.Semalam betul-betul aku kecewa, bukan rempah kurang, tapi semua satay ayam tu busuk.Ini lagi melampau, perkara yang patut berlaku.Tak kan dorang tak rasa ayam tu dah busuk, sebelum perap satay tu.Buat pengetahuan semua ,apa-apa daging pun kalau dah busuk, dah tak boleh adjust lagi, walau ko masak ngan apa cara sekalipun....first time dalam hidup aku berlaku perkara cam ni.






Cucur udang ni okey, tapi sambal dia tak rasa apa-apa.Aku fikir, cam mana dia boleh goreng cucur udang tu, minyak dia terlampau banyak.sampai kalau ko nak makan kena lekap ngan tisu.Ini gara-gara terlebih soda bicarbonate.




Rojak ni orang yang sama menjual cucur udang minyak tadi.Jual cucur udang , jual rojak sekali, kesinambungan yang tepat.




Jagung rebus pengubat hati kecewa.




Budak montel dah nak jadik kurus, sebab tak ingat makan, asyik main games pagi , petang, siang, malam.




Duit aku terbang, sebab beli games ni RM30.Aku memang tak suka budak main games.Orang besar main games pun aku tak suka.Termakan dek pujukan simontel,lagi satu tak nak dia main handphone aku , terpaksalah aku beli games ni kat pasar malam.Sumpah, aku rasa kerugian, walaupun RM30, tak mendatangkan hasil.Dalam kehidupan, aku hanya 2 kali aku termakan pujukan budak kecik, pertama simontel ni kedua anak lelaki Afis yang gilakan games Digimon pada tahun 2000.




Contohi simontel tak tamak, dia tetap mengahabiskan nasi goreng yang aku buat untuk breakfast makan bersama sardin kicap.Kalau sakit perut pun aku ngan laki aku je, sebab makan satay busuk.


Sepahit hempedu : Aku doakan penjual satay tu terus berjaya ke arena antarabangsa, ataupun kalau dia silap langkah dia kena bakar hidup-hidup cam kes baru-baru ni.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina