Tuesday, August 9, 2011

Jalan jalan cuci mata

Salam Ramadhan..................

Dari tadi mata ni nak lelap je. jom sembang-sembang sambil cuci mata. Tak bolehkan satu hari tak terkinja-kinja nak tepek lauk kat sini. Macamlah aku masak rusa atau kijangkan.Apa pun I LOVE SARDIN.boleh gitu.

Tetibakan subuh tadi nak goreng sardin. Tak pedulik goreng sardin pun nak tepek gak .Botan, Ayam , King cup, Marina 3 jenis tu yang selalu aku beli.Paling best ayamlah, tapi mahal sikit. Kalau ekonomi meruncing, botan ngan king cup jadi pilihan.




Kalau subuh layan goreng sardin cam ni sedap gak.

1) Ambik sardin Botan , bukak , tuang dalam mangkuk, asingkan kuah, goreng ikan sardin tu.
2)4 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + 6 biji cili api + 3 biji cili merah besar kisar kering.
3) asam jawa sebesar ibu jari bancuh ngan sikit air. Kalau ibu jari halus buatlah besar dua ibu jari.Mana tahu kalau cam ibu jari aku besar.
4)bawang bombay-kuning sebijik hiris bulat.
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian buh air asam jawa , masak 10 minit, masukkan hirisan bawang besar ngan ikan sardin yang dah digoreng tadik. Perasakan ngan secubit garam, pak aji ngan 1/2 sudu teh gula, biar dalam kuali 2 minit lepas tu boleh angkat.



Jangan marah goreng sardin pun aku nak bagi resepi. Harus kena maki ngan orang yang dah mahir.



Subuh pun ada hati nak goreng bayam, yang laju aku makan cucur cicah sos cili.



Jangan marah lagi sekali wat sos cili buatan sendiri, tapi kali ni pekat skit.



Balance bancuhan semalam , sambung lagi.dapatlah 5 6 ketul wat kudapan sahur.



Saja tepek , bagi korang lebih bersemangat nak tunggu bukak puasa pukul 7.28 malam.



Tips ngetop

Kalau masak tu biar balance gula, garam , ngan asam terutama bila buat sambal , kuah asam tumis atau kari .Buat sambal jangan timbul rasa manis walaupun kita bubuh gula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina