Sebenarnya, mood aku nak update blog ni berkobar-kobar dari pagi tadi.Tiba-tiba je mood aku seakan-akan hilang.Seawal pagi lagi mood yang berkobar-kobar tadi dicemari ngan melihat muka boss aku yang macam cibai tu.Ada ke patut sebab dek tisu tandas yang segulung dia nak buat muka cibai dan tanya soalan cibai kat aku.Kadang-kadang aku rasa darjat aku ni lagi rendah dari aci sapu sampah tu.Mungkin aku tak tahu apa pekerjaan aku kat sini, nak jaga dokumen ke atau nak jaga tisu tandas yang dah habis kat tandas tu. Aku dah tahu mungkin dia anggap aku aci sapu sampah merangkap kerani sekali.Kenapalah tisu tandas gulung tu penting sangat dalam kehidupan dorang.aku pun tak paham.
Itu belum lagi kalau visitor dia datang, siap dia buat aku cam aku ada bukak cafe.order je apa ko nak minum.mesti aku boleh buat.Aku tahulah aku pembuat nescafe yang paling sedap.aku redha jika ko nak anggap aku aci sapu sampah atau pembuat air nescafe yang paling sedap. Sebab aku tahu status makan gaji memang camtu . Aku bagi boss cibai aku masa 5 atau 7 tahun je lagi untuk memerintah aku.selepas tu sayonara.
Daripada korang layan cerita boss aku tu, aku rasa lebih korang layan resepi biskut aku.Ini aku buat hari minggu bersama olin.
Kacang pitaschio ikut suka .Bakar sekejap dalam oven.
Aku buat 2 adunan, jadi aku guna 500 grams butter.
4 biji telur.
Conrflake dikisar sederhana.Aku guna 1 kotak.
300 grams brown sugar + Butter 500 grams dimesin.Jangan lupa letak essen vanila dan pewarna kuning telur. Jangan lupa plak masukkan telur sebiji demi sebiji.
Tepung gandum 400 grams + 1 1/2 tsp baking powder
(maaf tangan kurus dan runcing tu bukan tuan blog punya)
Lupa plak kacang Pitaschio yang dah dibakar, dicincang halus.
Cam ni, sederhana halus saja.
Masukkan tepung kedalam adunan tadi, bersama kacang pitashcio ngan cornflake.Kacau guna sudip kayu sekejap.
Tengok tu, tangan simontel cba nak over take, gambar muka kakak.
Bakar selama 15 atau 20 minit
Cam biasa mestilah nak zoom dari dekat.Rasa, sumpah aku cakap memang sah sedap.Namanya akan aku usaha cari. itu pun kalau mood aku tak diganggu oleh simuka boss aku yang tutttt ....tutttt ngan pembantu peribadi dia yang tittttt titttt.Pembantu peribadi yang bagaikan sikudung mendapat cincin berlian.
Korang boleh menentukan sendiri , samada nak komen pada biskut atau pada boss yang tuttt tuttt tu. aku redha.kwang kwang
Monday, August 30, 2010
Saturday, August 28, 2010
Mak
Waktu ni tepat pukul 12.45 malam aku duduk kat depan lappy anak aku.mata aku cam tak boleh tidur.tiba-tiba aku terkenangkan arwah mak aku.Rasanya baru semalam mak aku pergi meninggalkan aku, tapi rupanya dah 12 tahun.
Kenapa ye? setiap tibanya syawal kita sering teringat orang yang dah tak de.Aku teringat jugak, tapi kalau boleh aku nak buang jauh-jauh ingatan tu. Mungkin korang semua ada yang tak tahu, keluarga aku semua dah tak de.Hanya tinggal ayah aku.Mereka semua dah meninggal dunia.Setiap menjelang syawal aku merayakan bersama anak-anak dan suami.Kebanyakan rakan aku sering hairan.mereka juga kerap bertanya.Adakah aku tak berasa sedeh bila syawal menjelma.
Apa yang harus aku katakan, hanya satu perkataan, setiap yang hidup pasti akan mati.Aku redha.Aku tak pernah merasai kekurangan itu.Aku mesti terus melayari hidup ini.
Kenapa mak tak pernah luput dalam ingatan setiap orang.mungkin orang tak mengingati ayah.termasuklah aku.Mungkin mak memang baik hati, sering menerima seadanya anak mereka.walaupun anak mereka jahat sekali manapun.
Setiap kali syawal menjelang arwah maklah orang yang paling sibuk.Kalau tak penuh meja ngan juadah dan kuih muih itu bukan mak aku.Minggu pertama puasa sahaja, mak dah sibuk mengerahkan aku menjemur tepung, memisahkan kulit kacang hijau, merendam kacang hitam dan berbagai-bagai lagi.Tapi aku tak kisah, walaupun penat hati gembira.Syawal mesti disambut ngan penuh meriah.Semua mak buat sendiri, semuanya tradisional.Mungkin aku terikut perangai mak aku.Semua biskut raya aku buat sendiri.
Cuma satu yang tak dapat aku ikut, langsir sarung kusyen , cebek kusyen semua sedondon.Ada lagi, semuanya dipasang pada malam raya.Kalau aku sekarang langsir sliding door ngan langsir tingkap semua kaler ngan corak lain.Baru aku tahu itulah yang mebezakan aku ngan mak.
Yang menjadi ikutan aku sampai , sekarang ada satu lagi, aku tak akan meninggalkan rumah pada hari raya pertama.Aku akan menjamu makanan untuk semua tetamu.Hati aku puas, aku bangga kerana orang yang datang, sudi menjamah apa yang aku hidangkan.Korang rasa arwah mak aku tahu ke apa yang aku buat?
Aku bersyukur kerana tuhan masih menyayangi aku, masih memberi aku nafas untuk hidup, Semoga tuhan masih memberi aku nafas untuk menyambut syawal akan datang bersama suami tercinta, ngan anak-anak tersayang.Mak walaupun aku merinduimu, tapi aku tahu ko tak akan dapat kembali lagi.Hanya yang aku mampu mendokan kesejahteraan kau disana. Mungkin aku bukan anak yang paling baik untuk mak dan ayah. Tapi cuma satu, mengapa aku masih lagi tak memahami isi hati seorang ayah.Aku dah cuba lakukan sehabis baik, tapi apa yang aku dapat hanyalah hinaan dan kejian .aku redha.Mungkin tempat ayah bukan disisi aku......
Jangan salahkan aku mak, mungkin mak pun tahu................Maafkan aku mak, aku tak pernah melawat, kubur mak, sebab aku tak nak hidup diselubungi kesedihan yang berpanjangan.....
Luahan hati aku yang masih belum tidur walapun dah pukul 1 pagi....

Thursday, August 26, 2010
saja suka-suka
Bukan gambar google tau, tart nenas ni dari air tangan kak ina mail sendiri.ke khe khe.ketawa pontianak
sorrylah tak de benda nak update, cuma aku nak beritahu korang esok nuzul quran ngan selasa pulak hari merdeka.korang dah tahu ke?bukan apa ada gak yang tak tahu tau esok nuzul quran ngan selasa hari merdeka.Otak aku ni dah nak mereng, penat sangat siapkan tart nenas.
Sempena hari merdeka selasa ni, aku harap semua dapat memerdekakan diri dan minda masing-masing dari dijajah benda-benda asing.khe khe.Ramai pulak yang cuti hari senin.kenapa ye? Okey harap jumpa lagi kalau panjang umur.muahhhhh muahhhh
Di catat oleh
Cik Ina Do Do Cheng
Labels:
Lain-lain,
Luahan dan ucapan,
resepi dan juadah,
Sembang Mak Long
Wednesday, August 25, 2010
Peanut butter cookies
Mulai dari semalam kemungkinan post aku semuanya berkisar tentang biskut.Masak pun selalunya yang simple -simple je...Balik kerja terus adun tepung nak buat biskut.lepas tu biarkan doh tu kat luar.Selalunya aku start buat biskut tu pukul 8.30 atau pukul 9 malam.Malam tadi cookies pilihan aku peanut butter cookies.Resepi yang ni pun aku ikut kepala hotak aku je.kalau nak ambik resepi dialu-alukan.tapi aku nak bagitahu tips yang paling penting mengenai tepung. kalau quantity tepung hanya kita sendiri yang boleh rasa atau pegang, samada doh tu okey ke tak.doh tak boleh terlalu keras, sebab tu kalau kita nak letak tepung kena sedikit demi sedkit.
1)unsalted butter 250 grams
2)telur bersaiz besar 2 biji
3)3 cup peanut butter crunchy.(tapi aku tak de yang crunchy punya, jadi aku guna yang smooth)
4)Jadi aku blender kering(jangan terlalu halus) 2 cup kacang tanah yang sudah digoreng.
5))brown sugar 280 grams
6)tepung gandum 400 grams + 1 1/2 tsp baking powder(gaul dalam satu bowl)
Mesin item 1, 3, 4, 5 sampai gebu.kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.mesin lagi.
Campurkan bahan yang dimesin kedalam tepung.
Uli sampai doh sebati.Rehatkan doh selama 1 jam.
Sukatan 1 tbsp.bulatkan dan tekan ngan garpu.
Bakar api atas dan bawah pada suhu 160 darjah celcius selama 25 minit.
Sejukkan atas redai.
Bolehlah susun dalam bekas kedap udara.Dalam bekas ni untuk mama firdaus.
Dapat banyak jugak cookies, guna dalam 400 grams tepung.Bekas ni untuk rumah sendiri.
Model yang jarang keluar, tengah merasi kenikmatan peanut butter cookies aku yang yummmy.
mestilah puji diri sendiri.kwang kwang

Kisah Anak,
Kisah tempat kerja,
Luahan dan ucapan,
resepi dan juadah
Tuesday, August 24, 2010
Cookies pertama untuk Hari raya
Duk sini sambil membersihkan sawang-sawang kat rumah kesayangan aku ni.Dah lama benor aku tak update.almaklumlah sibuk sangat kebelakangan ni.Disertai pulak ngan masaalah yang paling banggang yang pernah aku dapat dalam hidup ni.malaslah aku nak cerita hal pekung ngan kudis ni.bak kata orang meludah ke langit kena muka sendiri gak.Betul tak?.lantak pilahhhh. cookies pertama dapat gak aku siapkan.rasanya aku dah buat 3 botol cookies, tapi yang tinggal hanya satu botol.korang rasa saplah yang makan.khe khe.tak kisahlah.dah habis, boleh buat lagi.Tak pandailah aku , macam ada orang tu, dah buat biskut, siap sorok-sorok, hari raya baru nak makan.Nak tunggu vip makan ke.Aku tak kisah, aku buat orang habiskan.Pada aku, dah makanan, memang nak bagi orang makan pun. Habis, buat je lagi.
Cam biasalah mesti tepek resepi(ini ikut kepala hotak aku punya resepi)
1)1 cup semisweet chocolate chip
2)2/12 cup rolled oat
3)2 cup raisin
4)1 tsp baking powder
5)brown sugar 280 grams
6)tepung (ikut sendiri)
7)telur 3 biji
8)250 grams unsalted butter
mula-mula campurkan tepung gandum ngan baking powder dalam satu bowl .
Pukul butter ngan brown sugar sampai kembang.masukkan essen vanilla, pewarna kuning telur sedikit.masukkan telur sebiji demi sebiji.kemudian pukul sampai kembang lagi.
masukkan tepung gandum tadi.kacau sederhana sampai tepung bergaul.masukkan pulak rolled oat ngan raisin, kacau ngan sudip kayu sederhana.
Last sekali masukkan semisweet chocolate chip.kacau lagi.
Lapikkan tray ngan kertas .gunakan 1 tsp untuk sukatan doh.leper-leperkan sedikit ngan tangan.
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
sejukkan atas redai.kemudian baru masukkan kedalam botol.
CAM MANA COOKIES HARI RAYAPERTAMA KORANG?DAH SIAP KE BELUM?

Thursday, August 19, 2010
Sambal Belacan simontel
Petang semalam baru first time aku masak untuk berbuka, itu pun dah kelewatan nak beli makanan.Aku masak simple je, sambal ayam, ada ulam pucuk gajus ngan timun, ditambah pulak sambal belacan.
Cili api kampung yang pedas meletup, belacan( bakar dulu) ngan limau nipis.
Tumbuk sambal belacan haruslah muka serius.Simontel rajin nak tolong tumbuk.aku apalagi goyang kaki.
Sambal belacan dah siap.jangan lupa letak gula sedikit.kulit limau tu makan sekali, mengelakkan ketiak berbau.itu petua arwah mak.
Roti john beli, sebagai penambah seri.khe khe
Ulam pucuk gajus ngan timun makan ngan sambal belacan.
Ayam goreng dulu sebelum buat sambal ayam .Sambal ayam ni simple je.
Tumis cili yang dah dimesin ngan bawang sampai pecah minyak.kemudian masukkan air asam jawa, garam ngan gula.Terpulang , kalau tak nak letak air asam jawa, letak sos cili pun boleh.Tumis cili tu biar betul -betul masak.baru besttttt.
Last sekali masukkan ayam goreng, kacau sama rata, kemudian boleh terus angkat.
Sambal ayam , menu pertama untuk berbuka.
Apalagi, model yang dah lama tak muncul di screen monitor.serius lapar, tengah makan.kwang kwang.

Projek terkini
Projek terkini , aku belum beritahu pada korangkan. lupa nak beritahu, sebab tu lately ni aku sibuk semedang.blog tak berapa nak update.projek jual muffin ngan cheese tart.terlampau banyak tempahan, jadik tak menang tangan.Orang order tart nenas ngan aku pun, dah tak buat lagi.mungkin ngan jual muffin aku boleh jadik jutawan tak lama lagi.jangan cuba nak sepak aku ye.mana tahukan.kwang kwang
Setandan muffin pisang ni aku beli, kemudian laki aku gantung dalam bilik.
Aku pun fikir kenapalah muffin aku sedap sangat?, sampai cafe internet aloha kat hujung tanjung tu order kat aku.Kedai CT Fad pun order gak.rupanya sebab aku guna pisang emas.okey cepat ambik resepi, kalau nak kaya cepat.khe khe
Lupa pulak nak tunjuk , mixture yang baru ku beli minggu lepas.bukan nak berlagak, cuma nak tunjuk sikit je.jenama cap ayam je, tapi okeylah .tak delah lenguh tangan aku sekarang.
Pisang ni aku guna lebih kurang 10 biji pisang.Lagi satu nak sedap korang kena ramas guna tangan korang, tu yang lazat tu.kwang kwang.Sebelum korang berniaga, kena tanamkan dalam hati korang yang korang berniaga kerana minat , bukan kerana duit.sifat hasad dengki tu kena buang jauh -jauh dulu.baru boleh bisness.
Mangkuk pertama
Tepung gandum 400 grams + brown sugar 200 grams + baking powder 3 tsp + 1 tsp soda bicarbonate.
Gaul sekata.
Dalam mangkuk lain pukul butter cair 125 grams ngan telur 3 biji , kemudian campur pisang lecek.
Masukkan kedalam mangkuk pertama , sedikit demi sedikit.gaul sebati ngan sudip kayu.
Adunan dah siap , sudukan separuh kedalam cawan kertas.
Bakar pada suhu 190 darjah celcius , dalam masa 25 minit.tengok jenis oven ye.Lupa lagi, oven pun aku dah upgrade.kasi besar sikit.oven cap ayam je.
Projek cheese tart aku.ini devi A/L manian yang order untuk birthday party nenek dia. dorang memang patern cam tu, nenek pun sambut birthday.
Setiap hari cafe internet Aloha tu nak muffin pisang 100 biji.Itu sebabnya blog tak berupdate .Jangan marah ye , kalau aku lambat update blog.muahhhh muahhhh
Ingat kawan-kawan, sebelum berniaga atau membuat sesuatu barang, sifat hasad dengki ,tamak haloba , kena buang dulu, baru hidup anda ceria selalu, seperti Billion pantai timur, ceria selalu.khe khe

Subscribe to:
Posts (Atom)
Jangan ikut sangat
makan-makan
- Bubba Gump The Curve
- The Blossom Chinese Restaurant Swiss Garden Hotel Resorts & SPA
- The Garden Terrace-Swiss Garden Hotel Resorts & SPA
- Restoran Port Village-Bagan Hailam Port Klang
- Restoran Port Village -Bagan Hailam Port Klang
- Restoran terapung-HM sri bagan -Bagan Lalang
- Bagan lalang-art caterer
- Restoran Windmill-Jaya Jusco bukit Tinggi
- Restoran David Brown-Bukit Bendera
- Secret Recipe
- Restoran Port Village-Bagan Hailam Port Klang
- Burger king-Bukit Tinggi
- Boston-Jaya Jusco Bukit Tinggi
- Best Seafood-Star Cruise West Port
- TGI Friday--Garden Mall
- TGI Friday -Subang Parade
jalan -jalan
- Swiss Garden Resorts & SPA Kuantan
- Dewi Sri Spa Alam Sentral
- Amoaras Relaxing Spa
- Samsara Spa Swiss Garden Resorts &SPA Kuantan
- Swiss Garden Resorts & SPA Kuantan
- Banting-Perkampungan orang asli Tanjung Sepat
- Melaka Bandaraya bersejarah
- Banting-Perkampungan orang asli-Tanjung Sepat

- Genting Highland
- Penang-Penang Butterfly Farm, Empangan Teluk Bahang, Jeti Teluk Bahang, Pantai Teluk Bahang
- Penang-David Brown's Restaurant, Bukit Bendera
- Penang-Jalan Chowrasta, Batu Ferenggi, Nasi kandar
- Penang-Tempat penginapan
- Penang-Bukit bendera