Thursday, September 30, 2010

Jangan pisahkan

Jangan pisahkan yang aku maksudkan ni, bukanlah dengan suami atau kekasih, tapi dengan dunia blog kesayangan aku ni.Kenapa? company ni semakin mencemburui keglameran aku ke?Dorang taku bila aku dah glamer aku berhenti kerja? . Apalah dosa sangat blog aku, sehingga mereka yang dengki tu sanggup memblocked.Aku tak kisah, banyak tempat aku boleh update.Apalah dorang banggang sangat ,macam kat company ni je ada computer.Hello kat cyber cafe pun aku boleh updatelah atau guna laptop anak aku.jangan sampai aku bawak laptop update kat depan korang.

Biarlah, buat apa nak fikir bangsa melayu yang hati busuk ni.Manalah bangsa kita nak maju, orang melayu pun boleh dengki dengan orang melayu sendiri.Boleh cam tu, dah blocked, buat-buat tanya.Tengok cucur udang kering aku lagi bagus. Sabar ye pembaca blog kesayangan aku aku akan kembali ke sini lagi.....




1) udang kering cuci berseh dan tumbuk
2)telus sebiji
3)bawang besar hiris
4)lobak merah dimayang halus





Tepung gandum + garam + baking powder 1/2 tsp



Gaul semua mengunakan air suam.




Goreng dalam minyak yang banyak dan panas.




Cucur udang kering best kalau makan dengan sos buatan sendiri.




Masak cili kering mesin ngan 4 ulas bawang putih .bubuh cuka , garam, gula dengan sedikit perasa.Sebelum angkat masukkan air tepung jagung untuk memekatkan sos.





Sos cili ni tahan lama, kalau disimpan dalam fridge.



Senyum kambing : Kesian ngan pekerja suspek pembunuhan sosilawati, apa dorang nak kerja lepas ni, boss dah kena tangkap.

Wednesday, September 29, 2010

Dayana datang




petola goreng





sambal sardin



Telur dadar

Malam tadi Dayana datang, hidang lauk ni sahaja. Dayana dah bercerai.tak sempat cerita panjang , dia nak balik cepat. kalau yang tak tahu dayana tengok cerita kat sini .


Senyum kambing : first time letak ajinomoto dalam masakan sedap rupanya ye.tapi jangan taruh banyak.

Senyum kambing : Ratu kebaya akak naik motor, laki akak ambik kot.

4 cerita dalam flat yang sama

Hari ni keluar seawal 7 pagi, selalunya tak adalah seawal ni. Oleh kerana aku menumpang jiran depan rumah yang kebetulan keluar pukul 7 dan lalu pun di flat 8 tingkat ni, jadi aku tumpang sekali.Selalunya laki aku yang hantar. Aku sampai situ 7.10 awal sangat, CT Fad datang lebih kurang pukul 7.40 pagi, jadi aku ada masa beberapa minit.





Jarang sangat aku meninjau -ninjau kawasan flat ni, sebab selalunya bila aku sampai, ct fad pun dah sampai.Aku memilih untuk makan disatu warung perempuan melayu kat bawah flat ni.

Sebelum sampai kat warung tu, terkejut aku mendengar perempuan menjerit dari atas flat

Perempuan tu : Tolong carikan coli mak, semalam mak gantung kat tombol pintu ni.

Sampai kat bawah dengar dia punya jeritan , teringat pelak kat arwah mak aku, jenis lepas pakai coli campak kat merata-rata.esok bila nak pakai, kita orang yang jadi mangsa mencari coli.senyum sendiri.





Cerita pertama

Aku memilih nasi himpit bersama kuah lontong ,telur goreng ngan sedikit kerang sambal.Selalunya kalau makan lontong aku tak suka letak kuah kacang, tapi dia dah letak dulu , nak buat macam mana?. lontong selalunya aku makan sebulan sekali, tak berapa minat.Lepas makan perut aku memulas-mulas. Itulah kalau masak kuah kacang, kacang tu kena goreng betul-betul.kalau kacang lemu mesti perut jadik memulas-mulas.




Cerita kedua


Dekat warung tu aku nampat trolley pasaraya.Patutlah kawan aku yang jadi manager kat econsave, selalu mengadu kerugian besar .pelanggan beli barang , bawak balik sekali trolley. Janganlah dajal cam tu sekali.




Cerita ketiga

Bersebelahan warung tu ada warung roti canai.Bila aku hampir kat warung tu, bini mamak tu tanya aku.

Bini mamak : Adik, tak nak minum ke?

Aku : Dah minum kat sebelah

Bini mamak : Tak lama lagi saya ada jual nasi lemak special.warna nasi tu kelabu sikit.kat sini tak de nasi lemak cam tu.

Aku : kat mana ada nasi lemak cam tu

Bini mamak : kat melaka je. Saya jarang beli kedai sebelah , kuih dia tak de rasa apa.

Aku : ye ke ? saya tak beli kueh .pernah beli nasi lemak je. Aku ni kalau dah borak lama , tak beli apa-apa.segan.beli 3 keping roti canai kuah dal. baru nak cau.

Bini mamak : sabtu ni jangan lupa saya jual nasi lemak special tu.





Cerita ke 4

Roti canai special mamak tu .kuah dal berwarna hijau.khe khe.


Senyum kambing : Banyak orang kata zahida rafik tu kaya, sebab supply barang kat pasaraya giant.betul ke?


Tuesday, September 28, 2010

Sikit menyampah



Kisah jenis orang pertama

Lady gaga ni memang penyanyi no satu pilihan simontel.Aku tahu Lady gaga ni memang gila segala-galanya.Dari segi berpesyen hingga ke kehidupan peribadi.Aku tak kisah sangat , bagi aku itu dia punya hal. Dia mampu dan dia boleh menjadi gila selagi dia suka nak gila.Sekarang ni aku ingin bercerita tentang teman sepejabat aku yang suka berpesyen tak bertempat.Cukuplah kalau aku kenalkan dia sebagai Mona .Mona ni memang suka berpesyen tak kena pada waktu dan hari.Aku bukanlah nak jelous sangat, tapi mata aku ni dah naik bernanah, dengan pakaian yang menjolok mata(sorry bukan terbukak cam lady gaga) berselindang , berpusing-pusing, sedangkan masa tu hanya menghadiri ceramah tentang keselamatan yang dianjurkan pasukan rela.

Pernah satu hari aku dengan SiMona kena menghadiri satu kursus tentang permakanan. Syarikat ada menyediakan makan tengahari, sebab kursus habis sampai ke petang. Semasa makan Mona duduk disebelah aku. Masa tu aku sedang leka menikmati mee sup, dengan tak semena -mena hujung selendang yang berambu ramba siMona jatuh tercelup kedalam mee sup tu. Aku naik marah, dah banyak kali aku tegur orang nak berpesyen ko nak berpesyen tapi tengok tempatlah. Aku tak kisahlah nak berpesyen tapi jangan sampai menyusahkan orang lain.


Kisah jenis orang kedua

Berkisar kepada teman sepejabat.Aku ni suka sangat mengkaji tentang sifat manusia.Betullah selalu orang kata, rambut sama hitam, hati lain-lain.Aku boleh terima sifat manusia , memang lumrah dilahirkan tak sempurna.Kadang -kadang ada jugak sifat manusia yang menjengkelkan aku. Misalnya kalau benda free semunya sedap.Lelebih lagi kalau makanan free yang aku bawa, semua memuji-muji , sedap, lazat, berkhasiat, semua kata-kata manis keluar.Aku tak pernah terlalai ngan pujian-pujian tu, sebab aku tahu sangat ko jenis manusia yang macam mana.Bukannya aku kenal dengan dorang tu sehari dua, tapi dah makan tahun.Tahi telinga aku ni dah nak terkeluar.Cuba kalau aku bawa barang jualan aku , semunya banyak alasan bila nak membeli .Contohnya, kalau tudung,corak tak secocoklah , kalau kacang pedas goreng , perut jadi kembunglah ,kalau makan banyak. Cuba kalau sedekah semua jadi indah belaka.

Kisah jenis orang ketiga

Pelahap dengan gelojoh, pantang ada rumah terbuka.Teman rapat jugak aku gak , tak akan masak selama sebulan.Semuanya dipenuhi ngan agenda menghadiri open house sempena raya yang belum habis. Cerita ni pendek je, sebab tekak semakin mual, kalau nak cerita pasal teman rapat ni. Paling aku tak berkenan bila rumah dia sendiri tak pernah buat open house atau jemput orang datang.Bukan apa satu hari terlampau excited, sehingga rumah yang tak dijemput pun dia pergi.akhirnya tuan rumah yang tak patut tu beritahu pada orang lain.siapa yang malu.mereka dan keluarga mereka.



Senyum kambing : Ada jiran aku , sanggup menguncikan diri dalam rumah, bila dengar budak -budak terjerit-jerit kat luar nak datang beraya.

Senyum kambing : tali pinggang besar menjadi kegilaan mona.

Pindang untuk Dayana

Semalam aku betul-betul sebak hingga menitiskan air mata, bila mendengar dari rakan kerja mengenai teman baik aku sendiri ditimpa musibah selepas berkahwin dengan pemuda pilihan sendiri. Lagi menambahkan sebak di dada bila kuah yang aku makan pada hari tu , kuah pindang ikan kembung. Mana taknya , Pindang ikan kembung memang kesukaan teman baik aku tu. Kalau dia berkunjungan , pindang ikan kembung mesti aku titipkan sebagai bekalan pulang. Cukuplah kalau korang kenal dia dengan nama Dayana.Teman baik aku ni berumur lebih kurang 27 tahun.Orangnya cantik dan lemah lembut. Aku kenal rapat ngan Dayana sebab dulu pernah berkerja ditempat yang sama.Kami putus hubungan sebab aku berpindah ke tempat kerja sekarang.

Aku keliru tanpa sebab musabab, Dayana menjauhkan diri dari aku. Setahu aku selama menjalinkan hubungan rapat, tak pernah aku menyinggung perasaanya.Cuma pada satu hari selepas seminggu dia mendirikan rumahtangga, kami ada berbual -bual kosong. Dia beritahu, sekarang dia gembira sangat dapat suami dengan mak mertua begitu mengambil berat . Selepas berkahwin dia memilih untuk tinggal bersama mak mertua. Siapa yang tak gembira , bila teman baik sendiri gembira. Sebagai teman rapat , adalah aku nasihatkan dia , seperti nasihat seorang kakak kepada adik sendiri . Aku titipkan pesanan, supaya berhati-hati mak mertua tak sama dengan mak sendiri.Baru kahwin, semuanya okey, tunggu lagi sebulan dua.Mungkin dia tak dapat menerima kata-kata aku.Aku agak , itulah punca hubungan dingin kami. Aku tak pernah menyimpan perasaan marah , walaupun jauh dari sudut hati ada tersinggung sedikit dengan perbuatan dia. Walau cam mana pun aku tetap menerimanya sebagai teman rapat , sewaktu ketika dulu pernah hidup susah dan senang bersama.

Dari cerita rakan kerja semalam , Dayana mendapat tekanan mental dari mak mertua. Sebulan selepas berkahwin, baru Dayana tahu yang suaminya anak emak. Segala urusan rumahtangga, mesti mendapat nasihat dari maknya dulu. Suaminya sering mengikut telunjuk mak , sehinggakan nak pergi kerumah mak sendiri pun dihalang. Hari raya lepas Dayana hanya dapat balik kerumah mak selepas seminggu raya, itu pun setengah hari saja. Lagi menambahkan tekanan, bila mak mertua tak membenarkan suaminya berpindah kerumah lain.


Aku harap Dayana dapat bersabar dengan dugaan-dugaan yang mendatang. Allah akan sentiasa bersama orang yang sabar.Dayana , kalau kau ada membaca blog ini, haraplah hubungi akak , kalau memerlukan apa-apa pertolongan.

Kesimpulan dari cerita Dayana ni, Mana -mana perempuan yang ingin mencari calon suami, kena berkenal rapat dengan bakal mak mertua dulu. Kalau nak lebih selamat cari calon suami yang yatim piatu.

Ketepikan sekejap kisah Dayana, itu pandangan peribadi aku .


Kalau nak hilangkan tekanan, mari kita tengok resepi pindang untuk dayana




Kunyit hidup, lengkuas, halia , bawang putih, bawang besar dihiris.




Bendi ikut suka.





Perahan air asam jawa.




Ikan kembung disiang dan dibersihkan.




Tumis bahan hirisan sampai naik wangi.




Masukkan air asam jawa .Tunggu kuah mendidih, kemudian masukkan bendi diikuti ngan ikan kembung tadi.Bubuh garam ngan sedikit perasa.Bila kuah mendidih , baru boleh diangkat.





Pindang ikan kembung ni aku dedekasikan khas untuk teman rapat aku Dayana.




Lupa pulak aku nak beritahu, Dayana suka makan kuah pindang ni bersama sambal belacan yang aku buat.



Senyum kambing : Kawan aku , mak mertua dia lagi zalim, Selagi tak buat sarapan pagi, jangan harap dapat buang air besar.

Monday, September 27, 2010

Pinjam dan minta



Banyaknya dugaan yang terpaksa aku tempuhi semenjak kebelakangan ini.Segala dugaan tu aku boleh tempuhi ngan relax. Bagi aku dugaan hidup ni, seperti makan cili api , makin pedas makin sedap.Hanya satu dugaan yang aku rasa begitu susah nak handle, bila dapat teman rapat , jenis suka meminjam. Barang yang dia suka pinjam barang rumah contohnya cili, asam jawa dan lain-lain. Semalam memang dia betul-betul membuatkan aku benggang, dia nak pinjam belacan. Macam manalah , aku nak cakap tak de, sedangkan belacan tu ada kat rumah aku.Aku jenis yang susah nak menipu, lelebih lagi kalau barang tu memang ada. Bukan aku tak nak bagi, apalah sangat belacan tu.Bukan pun mahal, kalau nak dibayar dengan harga sebuah persahabatan. Cuma aku tak suka, barang tu remeh sangat.Lagi satu teman rapat aku tu cakap pinjam, setahu kalau sesiapa pinjam contohnya belacan, sayur, garam atau yang sewaktunya, itu bukan pinjam tapi minta.Aku bukannya kedekut atau sombong, dah banyak kali teman rapat aku nak pinjam versi minta apa saja barang yang sepatutnya tak payah dipinjam.

Aku nak tahu sangat, kenapa kerap kali aku lihat orang yang berkeluarga kecil , suka sangat beli barang yang kecil-kecil.contohnya periuk kecil, kuali kecil, cerek kecil dan berbagai-bagai yang kecil.Kenapa orang yang berkeluarga kecil, tak boleh pakai barang-barang yang besar ke? Aku tak de lah marah, tapi yang selalu jadi mangsanya aku. Aku harap sesiapa yang berkeluarga kecil, beli je barang rumah seperti periuk atau kuali tu yang besar, sebab keluarga korang bukan bertambah kecil, bertambah besar.Bukan basi pun kalau simpan lama.Kalau esok anak dah dewasa, tak payah nak pinjam ngan orang, kalau nak buat apa-apa kenduri.

Berbalik kisah tentang teman rapat aku tu. Setahu aku, dia bergaji besar .Kalau setakat nak beli kawah, tutup sebelah mata pun boleh.Lainlah ngan aku , bergaji kecil, kalau nak beli barang pun kena kumpul duit dulu. Aku pun bukan kisah sangat, kalau teman rapat aku tu nak pinjam, tapi masaalahnya dia susah nak memulangkan balik . Pernah satu ketika dulu, masa adik perempuan dia nak kahwin, dia pinjam kawah dari aku untuk masak gulai daging. Cukuplah 2 kali je aku tanya bila nak pulangkan kawah tu, tapi jawapan yang aku terima menghampakan. Baru nak rendam kawah tu. Selepas setahun, aku datang kerumah tu lagi , nak tanya tentang kawah tu. Lagi beberapa meter sebelum sampai rumah tu, aku terdengar tangisan bayi. Aku panggil teman rapat aku tu, keluar sekali adik perempuan dia yang kahwin dulu, ngan dahi berparam dan berikat rambut ketat, seperti orang dalam pantang sambil mengendong bayi. Ya Allah , dah menimang cahaya mata rupanya.Cepatnye masa sekarang berlalu.Dalam tersenyum aku teringat, lamanya dia dah pinjam kawah aku tu. Aku nak ingatkan balik masa dia nak pinjam dulu , dia cakap nak pinjam atau nak minta?



Senyum kambing : Emak saudara pinjam gelang tebal kalau nak pergi kenduri kahwin jiran.

Teringin Atau mengidam

Aku tak tahu maksud teringin atau mengidam tu apa?.Setahu aku tahu bila beritahu laki aku ,yang aku teringin nak makan sesuatu makanan, laki aku akan marah.Dia kata apa teringin-teringin, kalau nak makan cakap je nak makan makanan tu.Semenjak dari mengandung anak satu hingga ke 4, aku tak pernah ada penyakit teringin atau mengidam.Mungkin aku dah dia ajar, kalau nak makan , makan je, tak payah nak cakap teringin.Sampai sekarang aku mencari, apa maksud mengidam dalam erti kata sebenar. Setahu aku , tekak aku akan pahit, masa aku mengandung.Masa tulah aku akan goreng peria pedas-pedas makan bersama nasi. Masa aku mengandung anak no 2, aku mempunyai satu tabiat buruk, suka makan beras mentah. Mungkin itu tabiat masa mengandung bukan mengidam kot .Dari kajian aku, ini melalui pengalaman aku sendirilah , mana teman rapat aku yang mengandung, yang mana ada mengidam sesuatu , semuanya berpesoniliti lemah lembut, manja dan suka diambil perhatian oleh suami. Lagi satu mungkin suami dorang berpesoniliti serupa ngan laki aku, lelaki yang suka berterus terang dan susah untuk melafazkan perkataan sayang ngan cinta kepada isteri.Cuma yang dia tahu, di begitu mengambil berat dan bertanggung jawab, kalau dia sayang atau cintakan isterinya.Independent , seperti aku, mungkin tak nak mengidam apa-apa kot.Jangan peduli dengan tulisan aku, sebab ini semua dari pemerhatian dan kajian aku sendiri. Okey sekarang masa untuk menumpukan perhatian kepada apa yang nak aku makan 2 hari lepas.bukan mengidam atau teringin, tapi cuma nak makan sangat.


Tumpukan perhatian pada sayur petola goreng yang aku masak pada hari sabtu lepas.



Sedikit ikan bilis ngan hirisan bawang merah sebagai tumisan.




satu biji petola yang sederhana besar, dikupas kulit dan dipotong menyerong.




Rendam sedikit suhun ngan tahu fucuk kering.



Yang utama, mestilah menumis ikan ngan bawang merah sehingga naik bau.




Kemudian masukkan sayur petola ngan fucuk kering yang dah direndam tadi.Semuanya dah separuh masak, masukkan suhun ngan sedikit garam.




Kacau sekejap, kemudian bolehlah diangkat.



Beri perhatian kepada rendang kerang ni pulak.



Cili mesin, santan kelapa ngan sedikit kerisik.





Kerang yang dah direbus dan dikopek





Lupa ye, tumis (lengkuas, serai halia, bawang merah bawang putih dimesin.Banyak ikut suka) sampai pecah minyak.Kemudian masuk kan cili mesin tadi




Bila semua tumisan tadi dah pecah minyak, masukkan kerang tadi.Last sekali masukkan santan, daun kunyit. Bubuh garam ngan gula sebagai penambah rasa.




Rendang kerang yang aku nak makan sangat.



Senyum kambing : Ada isteri yang mengandung , mengidam nak makan daging unta.

Friday, September 24, 2010

# Seksi dah tak de part #



Untuk kesinambungan seksi part 1, korang tahu tak ngan membuat air nescafe sendiri sebelum memulakan sesuatu kerja pun boleh didefinasikan seksi.tak tahulah pada korang, tapi dari kacamata aku sendiri.Senang je nak buat nescafe untuk dapat lebih sedap dari biasa

1 mug besar ni

1)nescafe satu sudu teh penuh
2)2 sudu besar susu(jangan penuh sudu)
nak lagi dramatik gaul kan susu ngan nescafe sampai sebati, barulah letak air panas mendidih 99 darjah celcius.Cuba korang minum panas-panas didepan komputer, seksi ke tak seksi?




Mencuci muka ngan produk turun temurun , scrub kemudian cuci guna facial foam loreal.cuba , gerenti seksi




Selepas cuci, freshkan muka ngan toner loreal.Kalau rajin tepek mask seminggu sekali, wow wow.







Simontel nampak seksi ngan jelingan manja, sambil memerhatikan aku tengah menaip sesuatu dikomputer.





Monyet ni sering menarik perhatian aku, laki aku ngan simontel.Kediamannya dihujung kampung merangkap kawasan perumahan aku.




Lepak.




Seksi : Berfikir tentang manusia ..kisah monyet to be continued .....

Senyum monyet : tak sabar nak tunggu pilihanraya 2012.Insyaalah , kalau panjang umur.

# Seksi part 1#

Seksi tu terlalu subjective kalau nak diperkatakan.Setiap orang ada pandangan tersendiri tentang seksi.Begitu jugak ngan aku.Kadang -kadang kalau kita lihat orang memakai baju seksi, pun masih tak nampak keseksiannya.Ada sesetengah pula , bila pakai baju kurung dapat menyerlahkan keseksian pulak .Pada pandangan aku ,aku seksi bila : sila lihat dan baca dibawah.





Inilah ikan kembung yang aku beli semalam di pasar malam.Kalau korang nak beli ikan kembung, sila beli ikan kembung kecil cam ni dan kulitnya berwarna kuning. serius, manis isinya. Harga lebih kurang RM7 sekilo.





Aku beli gak ikan lumik.seksinya aku rasa.




Aku beli gak kobis cina.seksikan




Cara menyiang ikan ni buat aku rasa seksi selalu.buang kepala , belah perut dan buang isi perut ikan tu.




woww seksi campurkan tepung gandum bersama tepung jagung , rempah kari, garam dan sedikit perasa.Bancuhkan ngan air.

Ikan lumik tadi mesti digoreng bersama tepung, kalau tidak isinya hancur.rasanya tip top dan tulangnya lembut seperti tulang ikan sardin dalam tin.





Masukkan semua ikan lumik tadi kedalam bancuhan tepung.




woow seksi lagi .goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas.









seksikan ikan lumik goreng.






Dah lama tak makan sayur meranti .Aku rasa seksi, bila teringat aku kutip sayur meranti ni kat batang pokok kelapa sawit, masa aku kerja kat estet 10 tahun dulu.Tapi sayur meranti kat atas , aku beli kat pasar malam.




Sedikit cili kering tumbuk ngan bawang merah.udang kering dimesin kering.





Tumis bahan diatas diatas sampai naik bau.



Masukkan sayur meranti .



Seksikan, sayur yang 2 ikat , dapat banyak ni je.




Nasi ni untuk 3 orang yang makan.Aku , laki aku ngan simontel.




Seksi pulak aku tengok simontel pakai baju biru sambil makan ikan lumik ngan nasi.


Senyum monyet : Terperanjat budak kembar perempuan yang lari dari rumah hari tu kena rogol kat hotel ngan bilik sewa teman lelaki dia . Rupanya, baru aku tahu orang tak kena rogol kat semak lagi sekarang.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina