Sunday, July 31, 2011

Cerita masak Penutup Bulan Syaaban dan Menjelang Ramadhan Tahun 1432/2011


Salam hari minggu ..................

Panjang betul tajuk cerita kali ni, bila baca balik cam aku nak muntah sendiri. Sajalah sesekali buat gempak. apa orang tua-tua cakap up traffic. Bila dekat ambang Ramadhan ni masak cincai-cincai je, ala kadar. Kalau tak ingatkan Firdaus ngan suami malas je nak masak, tapi cian plak ngan dorang.

Jom nengok aktiviti masak ala kadar tu............. ceritanya tak delah sepanjang tajuknya..saja buat gempak.

Mee segera, guna cap lain pun tetap sebut maggi. Mee segera ni sinonim ngan maggi. Kalau mee segera selalunya aku beli Ruski atau Cintan, tapi yang ni aku layan maggi kari meletupp..


Kat rumah ni kalau masak mee segera wajib ada sayur, tak kiralah sawi atau bayam, tapi kali ni aku buh baby kailan ikut selera Firdaus. Lagi satu yang wajib ada ikan bilis goreng, dorang suka tabur atas mee segera.


Firdaus dah tak sabar , tiup kasi cepat sejuk.


Lauk semalam kari telur resepi kat sini ye, tapi ada perubahan sikit.Telur rebus ni aku goreng, yang ni plak aku tak letak kentang.


telur nak masak kari telur, kentang/ikan bilis goreng tuk masak sambal


Disamping ikan bilis/kentang goreng resepi kat sini ye.Perbezaan resepi tu, yang ni kentangnya aku potong kecik sikit. Sambal yang ni plak aku tak letak sos cili, tapi buh sikit asam jawa.


Lupa plak ngan spinach goreng. tetiba je aku rasa sedap, nampak di situ cam nak puji diri sendirikan.



Masuk ke petang roti sandwich massimo germa gandum cicah ngan kari atau ngan sambal ikan bilis/kentang goreng tadi . mabeles.




SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. PELIHARALAH KESUCIAN BULAN RAMADHAN YANG MULIA.

Friday, July 29, 2011

Thank you Allah SWT

Salam hari Jumaat..............

Cian blog dapur ni, dah dua hari tak update. Baru dua hari aku dah rindu ngan blog ni sebab terlampau sayang ngan blog dapur ni sebab blog ni anak sulung dalam family cik ina do do cheng.

Tak nak bebel panjang-panjang, baru sekejap tadi aku mengupas dragon fruit hasil dari ladang 3 hektar , buahnya dah banyak kali di export ke papua new guenie.Syok je korang baca ye, kalau syok sila percaya. kah kah kah



Lihatlah doniya bukan aku, tapi kawan ku yang cantik manis bersama dragon fruits kaler putih yang manis sangat.



Sebelum ni hasil ladang 3 hektar tu isi kaler merah, oleh kerana berkat bulan ramadhan lagi 2 hari ,kali ni dapat isi kaler putih plak.



Belah kiri isi kaler putih, manakala yang kanan isi kaler merah.

Hanya kulit je aku boleh tunjuk kat korang, perbezaan dragon fruit isi kaler putih dan merah.



Hasil dari ladang sebelum ni kaler merah.



Lihatlah doniya Dragon Fruits isi kaler puteh bersama merah.(kurang pasti tu merah ke apa?)




Tuan punya ladang sentiasa meningkatkan mutu Dragon fruits yang nak diexport. Bagus lebih sikit kerja. Sekarang ni dia berada di Papua New Guenie merasmikan ladang ciku yang baru bukak. Apa kejadahnya nak tanam buah ciku kat papua new guineikan.



PA tuan punya ladang sedang bebesar hati memberi kata-kata aluan.




Akhir kata sila bergembira ngan cerita ladang 3 hektar dan dragon fruits yang di export ke papua new Guinei.





SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA. BERBELANJALAH NGAN BERHIKMAH.

Wednesday, July 27, 2011

mak tiri bawang merah

Salam hari rabu..............



Sepatutnya entry ni cite kat blog kat lagi satu, tapi tak pelah kat sana tengah buat review pasal Massimo.

Entry ni cam menjawab soalan orang ramai(nampak disitu kebajetan femes dan popular) cam mana aku ajar anak suka makan sayur?,kenapa pipi firdaus gebu dan temban, waima semuanya yang berkaitan ngan permakanan anak- anak aku.

Aku adalah seperti mak tiri bawang merah versi melayu, bila bab suruh anak makan sayur dan buah-buahan. Kah kah aku paksa dorang makan sayur dari umur dorang 6 bulan ke atas. Memang tak de nestum-nestum ni. Masa dorang baby aku buat bubur nasi blend ngan bayam, carrot atau brocoli campur isi ikan , ikan bilis, atau ayam.Hari -hari dorang kena adap bubur blend tu.Dorang dah lali.

Dah umur 2 tahun ke atas gigi pun dah tumbuh penuh, aku sumbat makan nasi ngan sayur plak, kalau dorang tak nak makan nasiblah, tak payah bagi makan. zalimkan. Jajan jangan harap, beli roti je boleh.Buah- buahan mesti kena makan, tak kiralah epal, pisang , anggur atau lai



no jajan-jajan, sesekali boleh, itupun kalau mak teringin nak makan. Aku selalu standby buah epal atau lai kat atas meja, nanti pandailah dorang cuci kemudian makan. ni cerita malam tadi , Firdaus tak nak makan nasi , dia bantai makan 2 biji epal merah.






Makan epal sambil layan cite shaziey sam ngan lisa, tajuk filem aku lupa plak.









Labuhkan pipi dia.



Aku suka je ambik gambar sipipi tembam ni, sampai dia naik rimas.

Jom layan tip tuk budak suka lebih sayur selain dari kena jadi mak tiri bawang merah.



Bubur nasi ngan ikan + carrot adalah peberet Firdaus. Setiap kali ke rumah pengasuh aku bekalkan 2 mangkuk bubur nasi cam kat atas.



Kalau buat nasi goreng mesti aku campur sayur. Buat masa ni dia belum pandai suruh aku ketepikan. Cuba kalau berani, aku jengil je mata cam panahan nenek bertha .zalimkan.



Kailan goreng peberet anak-anak.




Buat bihun sup pun aku celur sawi , paksa dorang makan.



Daun keledek ni aku goreng semalam, habis Firdaus meratah.



Masak Maggi pun harus ada sayur.

Kalau korang rasa sanggup jadi mak tiri bawang merah, okeylah.Hidup dorang dari kecik sampai besar dah biasa ngan sayur, lama-lama dorang sendiri boleh terima. Yuyi sampai sekarang teringat-ingat kezaliman aku suka buang gula-gula ngan jajan dia. Sampai dorang besar ni, nampak je dorang tak ambik sayur , aku tegur. Dorang takut, cepat-cepat ambik, tak nak aku bebel.

Begitulah cerita Hikayat mak tiri bawang merah yang zalim.

Tuesday, July 26, 2011

Tips berjimat cermat lagi


Salam hari selasa..................


Aku ni tak habis-habis ngan tips berjimat cermat, kayanya idak.ekekek. Jimatlah sikit , habis tu kat kedai rahsia tu cheese kek durian ni dekat nak RM8 sepotong. Kalau aku buat sendiri dapatlah banyak sikit , puas nak ulang makan 24 jam pagi petang siang malam.

Kebetulan plak ada durian kat rumah, suami beli ngan kawan . Idaklah yang terbaek D24 je. bantai jelah. nak buat tempoyak sapa yang nak makan, nak harap aku makan sorang idaklah. Kalau ada yuyi boleh gak buat teman makan tempoyak.

Kebetulan ada cream cheese kat rumah , biasalah tu sebagai peniaga cheese tart, janggal plak rasanya dalam esbook tak de cream cheese , ye tak? kecuali dah kehabisan stok. maafkan aku kalau dah bercerita memang terlebih-lebih sikit.


Jom layan Chilled cheese cake durian, idaklah sempurna cam kedai rahsia, izan ngan ratu, tapi rasa ngetop. Kena mantapkan skill lebih sikit lepas ni.




Katanya jimat , guna yogurt natural, kalau nak mantop guna whipping cream.


Poyo betul suami aku ni, cerita biji kecik isi tebal, cam mana boleh.


200 grams yogurt- putar


Gaya suami aku asingkan isi dari biji durian. Harus kena buat, kalau nak makan. isi durian diambik dari 5 ulas ye.


Tamak biskut marie cam pur oat. boleh gitu. nak menghabiskan oat peninggalan arwah ayah.
Hancurkan 300 grams biskut marie ngan 3 sudu besar oat gaulkan ngan 60 ml butter cair.


Padatkan dalam springform, bakar 5 minit, sejukkan kemudian simpan 2 jam dalam fridge.


1) kacau 1 tbsp gelatine dalam 3 tbsp air panas -sejukkan

2)Putar 300 grams cream cheese bersama 40 castor sugar icing sugar sampai kembang, lepas tu campurkan isi durian , putar lagi hingga sekata , masukkan yogurt yang diputar.last sekali masukkan gelatine tadi. putar sekejap, kemudian curahkan dalam springform tadi.


Simpan dalam, fridge esok baru makan. sabau ye.


yeah yeah chilled cheese cake durian. jangan tengok lama-lama .malu.



Malu ngan tak kemampatan dasar chilled cheese cake durian tu. tak sabar , tu gaya kerja tak senonoh , sebab nak makan cepat.


JANGAN LUPA CUBA YE.kalau tak jadi jangan babab cik ina plak, babab tangan sendiri.



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MULIA KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG NI .(nampak kat situ terserlah perasan blog aku ni femes)

Monday, July 25, 2011

jom pegi pasar

Salam hari senin..................


Dah lamanya blog dapur ni tak berasap, semenjak dah lama tak masak kat rumah . Kebetulan hari sabtu ngan minggu , suami gi memancing, aku lepak kat rumah yuyi , apalagi ada agenda masak-masak. Anak -anak aku ni kononnya tak berapa suka beli kat luar, tak de rasa katanya. Bukan selalu pun aku masak kat rumah yuyi, selalunya dorang datang makan kat rumah aku je.

Ambik ko, nak sangat aku masak, hari minggu tu subuh lagi aku dah ajak dia gi pasar. Tak pandai aku gi pasar bila matahari dah tegak atas kepala. Kalau ada pasar yang bukak pukul 3 pagi , aku suka je nak pegi.

Dah terbiasa , arwah ayah ngan mak tak suka anak-anak dia bangun lambat. Hujung minggu jangan harap nak tidur tinggi hari, subuh lagi dia dah suruh aku buat sarapan. Sampailah la ni, kalau terbangun pukul 6 pagi, aku cam tak tentu arah, tak tahu nak gapai yang mana satu dulu. Penangan dapat arwah ayah yang garang bagus gak sampai sekarang aku tak lupa ajaran bangun subuh hari.

Jom layan sayur tuk stok seminggu aku ngan lauk masak hari minggu tu. Aku pun tak tahu , kalau gi pasar nampak sayur aku cam teruja semacam.Rasa semua sayur aku nak beli. Ayam ngan ikan aku tak beli pun. Aku rasa senang kalau ada sayur kat esbok pandai je nanti aku nak masak dan tambah lauk lain sikit-sikit.



Daun keledek kalau goreng ngan udang kering tumbuk sodap.



Daun saderi ngan daun bawang simpan tuk aksesori.



Spinach kalau goreng ngan bawang putih sodap.



Tamak, aku beli baby kailan sampai 2 kilo, Firdaus suka sangat ngan sayur ni. Sodap goreng belacan, ikan masin, bawang putih atau sos tiram.

Sebelum masak, belah 3 atau 4 baby kailan ikut size. kalau basuh tu selak-selak sikit, takut ada serangga kat dalam daun, mana kita tahukan. Lepas dah basuh bersih tuskan.



Goreng hirisan bawang putih sehingga kuning, lepas tu masukkan ikan tenggiri masam yang dipotong kecik-kecik. Bila bau semua dah semerbak, masukkan baby kailan yang ditus tadi.Sekiranya goreng sayur ngan belacan, ikan masin atau sos tiram elakkan pengunaan garam, sebab 3 benda tu dah masin.




Jeng jeng dapat 2 pinggan baby kailan goreng ikan masin.




Yuyi nak makan jering cicah sambal belacan Nenas. Gigih cari jering tumbuh, hampehhh tak de. Dia nak makan aku layan je beli jering muda . Aku kurengg minat sangat makan jering muda, tak klimaks, rasa pedau je, lemaknya tak de.



Aktiviti Masak sup tulang selangka lembu kampung ni di rumah yuyi, kalau kat rumah memang tak pernah masak daging lembu. Isi tulang selangka lembut. Beli kat pasar, fresh dari kat pasaraya. Buang lemak-lemak yang melekat kat isi , lepas tu basuh bersih dan tuskan.



Daun sup ngan daun bawang , kepakkan dulu cucur kat air buang pasir, lepas tu baru racik sederhana besar. Racikan aku ni korang jangan tiru, memang tak henggat punya.



ketuk-ketuk halia , hirisan bawang putih, bawang besar kuning , bunga lawang ngan kayu ,manis.Jangan lupa bancuhan 4 sudu rempah sup ADABI. Tumis rempah kering , diikuti ngan rempah basah dalam minyak yang sedikit , guna api sederhana.Dah naik bau semua, baru masukkan air diikuti tulang selangka tadi.



Rajin-rajin buang minyak yang terapung kat permukaan sup . Kalau boleh jangan buh bahan perasa , lebih lagi cam sup tulang atau daging lembu sebab supnya dah manis tanpa bantuan agen perasa. Kalau boleh bubuh garam je. Masak sup sampai daging betul-betul empuk.Biar sudip atau senduk kat dalam periuk masa sup mendidih,, petua nak elak sup tu melimpah keluar. Tetiba je ada petuakan.



Lepas dah angkat, taburkan hirisan daun sup dan bawang.Baru puas hati yuyi makan sup tu yang tak de perasa. Dia ni allergic sikit ngan perasa .Tekak dia cepat loya.

Kekadang aku kurang paham ada peniaga makanan yang letak perasa pak aji kat dalam lauk yang mengunakan santan atau sambal kacang. Selain dari lauk bersantan ko nak letak ciput tak pelah . Rasa tekak cepat dahaga atau loya, kalau makan makanan yang guna bahan perasa berlebihan.



SEMPENA BULAN RAMADHAN YANG AKAN MENJELMA TAK LAMA LAGI KALAU BOLEH JANGAN BERLEBIHAN BERBELANJA.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina