Salam akhir Ramadhan...............
Dah lama rasanya tak update blog ni.  Sekarang aku tengah bercuti bersama anak-  anak. Saja nak  sambut  satu syawal  jauh nun di sana. Dalam perjalanan , aku tak de ambik satu gambar pun tuk tepek kat blog ni sebab tetiba je otak ni  tak nak berblog lagi. Kalau sesiapa yang mengikuti blog ni mesti perasan yang blog ni tak pernah tak berupdate sampai 5 hari. Aku suarakan keputusan  tak nak berbog pada suami, tapi dia cakap  mood berblog datang dan pergi. Tunggu je dua tiga hari nanti. Ada kebenaran gak kata-kata dia, nah  cuba lihat selepas 5 hari mood berblog kembali.
Memandangkan aku dah  sebatang kara  syawal tahun ni aku ambik keputusan bercuti  bersama suami dan anak-anak . Siapa yang tak sedih dah  sebatang kara tapi  aku bersyukur  masih ada  anak-anak dan suami yang sayang . Mereka  nak aku gembira syawal kali ni  dan seterusnya.
Sebelum ni aku berpegang ngan kata-kata  arwah mak, supaya satu syawal jangan tinggalkan rumah , buka pintu, jamu kanak -kanak, kawan dan saudara . Kali ni maafkan aku mak, tak dapat rasanya janji tu tertunai kerana  air mata ni tak  nak keluar  lagi  bila takbir raya bergema. 
Masa cerita ni  dicatat jarum jam  komputer dah menunjukkan pukul  4 pagi dah masuk satu syawal pun, dengan ni aku mengucapkan  Selamat menyambut Satu Syawal pada semua pembaca blog ni, Ampun maaf dipinta sekirannya cerita -cerita dalam blog  ni ada menguris perasaan orang di luar sana.
Sekiranya sudi, baca dan tataplah gambar  percutian  aku....................
Bermula ngan gambar anak bujang aku yang  dulunya pemalu dan sekarang berani plak nak berposing maut.
Gambar  spontan yang dilakon semula.
Gambar ni buat Firdaus cemburu. 



Kawasan sekeliling yang  hijau mata memandang
Dalam  kawasan percutian, model dapur terkini.
Bilik percutian.
Dua orang lelaki yang sentiasa cemburu mencemburui.
Posing maut  di kolam renang
Firdaus bergembira ngan pistol air pemberian yuyi.
Anak bujang aku sedang menunjukkan kat korang body dia yang semakin mantap...
Anak-anak ku
Kat situ senang sebab ada pemanas lauk. Aku masak siap-siap kat rumah, sampai sana  tinggal panaskan. Walaupun bercuti , tekak  tak  boleh lari nak makan masakan hari raya.
Ayam masak merah menu wajib setiap tahun
Rendang daging kambing menu wajib gak.
Sambal kacang.
Biasalah raya pun goreng sayur tuk Firdaus.
Setiap  tahun masak ketupat, tapi  tahun ni buat nasi himpit je.
Resepi menu ni semua selepas bercuti ye.
Resepi menu ni semua selepas bercuti ye.
Suka ngan aksi ni.
Aksi anak menikmati hidangan hari raya. 
Gambar kat bawah ni buat mood berblog aku come back. Mana aci masa  bercuti pun dorang  ni  tak berenggang dari lappy.
Tengoklah Firdaus ni dah pukul 12 malam pun masih lagi beronline, belum lagi ngan suami yang main games.
Last-last  terdampar bersama kat depan tv.
Ciankan , kepenatan sangat , tidur ngan berstokin lagi.
Terima  kasih ye sudi nak tatap gambar-gambar ni.Sekarang ni aku masih bercuti, jadi adalah cerita bercuti lagi yang akan menyusul..................
Sekian jumpa lagi ..........................
SELAMAT  HARI  RAYA, BERGEMBIRALAH  BERSAMA KELUARGA TERSAYANG DIMANA JUA ANDA BERADA.........







