Sunday, May 9, 2010

Yogurt -Part 1- prepare party mother days



4 bekas yogurt low fat.perisa natural.

experiment guna yogurt buat cheese cake.selalunya aku guna whipping cream. Petang ni aku dijemput ke party mother days yang dianjurkan oleh pengasuh anak aku, Ana. skema je bunyinya kan.tapi aku rasa aku tak dapat menghadirkan diri, petang-petang lagi aku dah loyongkan dia cheese cake sebagai penganti diri.aku tahu Ana betul-betul teruja ngan cheese cake.dapatlah dia lupa, sikit atas ketidak hadiran aku kat party tu.kwang kwang





cream cheese.





selalunya aku letak biskut sebagai dasar.kali aku tukar kek pulak. malas punya kaki, aku beli kek ni kat billion.potong nipis, dan mampatkan kat loyang kek.tapi jangan ikut aku, sebenarnya kena guna kek sponge.



telur 4 biji




mesin sampai gebu cream chese ngan gula castor 200 grams.lepas tu letak telur sebiji demi sebiji.mesin sampai gebu lagi.baru letak tepung gandum 100 grams ngan tepung jagung 50 grams.





lepas semuanya nampak sebati, baru masukkan yogurt.mesin lagi adunan tadik.




isikan loyang lain ngan air.





curahkan adunan diatas dasar kek yang dah dimampatkan tadik.





corakkan dia ikut suka.caranya kat sini .




letak loyang adunan diatas loyang yang diisi air tadi.Ini cara steam bath.bakar selama 1 jam 30 minit dalam suhu 150 darjah






cheese cake aku dah siap untuk party mother days.kwang kwang kwang.tak sia-sia experiment aku berjaya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina