Thursday, July 8, 2010

Cempedak atau nangka



Banyak gak ulas yang dapat bila dah kopek.Terima kasih jiran sebelah.

ni buah yang jiran sebelah aku bagi malam tadi.tapi aku conpius, nak kata nangka, tapi cam cempedak.lagi pun aku takut sikit nak makan cempedak ngan nangka.badan aku jenis tak tahan , nanti kalau aku makan cam pening kepala.tapi laki aku suka ngan cempedak goreng.Jangan sepak aku ye, kalau goreng cempedak pun aku nak tunjuk.kwang kwang





campurkan 1/2 tepung gandum ngan 1/2 tepung beras ke dalam mangkuk. Bubuh sedikit kunyit , garam dan tsp gula.Bancuh ngan air.kacau sehingga sebati. Bancuhan tadi jangan terlalu jangan terlalu pekat.





masukkan isi cempedak tadi kedalam bancuhan tepung.Biarkan selama 15 atau 20 minit.




Panaskan minyak hingga betul-betul panas.Goreng didalam minyak yang banyak.





Tunggu betul-betul garing, baru terbalikkan.




Goreng cempedak dah bertukar kuning keemasan atau betul-betul rangup baru angkat.





Inilah buahnya.besarkan.


NAK TANYA KAT KORANG ,KENAPA ISI BUAH CEMPEDAK NI MACAM ISI NANGKA?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina