Tuesday, July 13, 2010

ikan Masam Manis

Apa khabar geng -geng semua? sorry semalam tak update. akak ko ni cuti, deman ngan mata sakit ngan merah.ini update untuk sabtu punya.aku masak ni untuk hantar kerumah ayah.Rasanya dah lama tak menjenguk dia kat rumah anak.aku ni kan anak durhaka.kwang kwang kwang



Ikan kembung agak-agak sekilo, kasi lumur ngan garam dan rempah kari.Biar perap lama sikit, biarkan mesra rempah ngan ikan.




goreng guna minyakl banyak sikit.Jangan nak sepak ye, aku tunjuk cara goreng ikan ni.



ikan kembung goreng.



1)tomato 2 biji dimesin
2)7 biji cili basah/merah besar dimesin
3)5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih dimesin.
4)nenas tin (7 8 ulas je)



1)2 tbsp sos tiram
2)2 tbsp sos lada hitam.




Tumis bawang, sampai naik bau .kemudian tumis cili ngan tomato mesin sampai pecah minyak.last sekali masukkan nenas dan kedua-dua sos.




Curah sambal tadi atas ikan goreng..ni ikan sikit je, selebihnya dah masuk dalam mangkuk, nak bawa rumah ayah.



Ayah aku ni suka makan sayur.jadik aku goreng sayur bayam, untuk dia dekat nak 1/2 kilo.Siang bayam , basuh bersih dan tuskan air.



1)Bawang putih 5 ulas dicincang halus
2)ikan bilis
3)air tepung jagung.




Goreng ikan bilis sampai garing dan letak ketepi, goreng pulak bawang putih sampai naik bau.



masukkan bayam.kacau, sambil membalikkan bayam tadi.last sekali bubuh garam ngan air tepung jagung. Dah masak bolehlah diangkat bayam tadi .Bayam tak boleh goreng terlampau lama.



Bayam goreng ngan ikan bilis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina