Tuesday, July 6, 2010

Ikan Sardin masak kicap



Kobis cina

adik purple jangan termuntah pulak ngan ikan sardin akak ko ni.akak tahulah ko tak suka sardin.tutup mata ye kalau baca .kwang kwang.Menu malam tadi.masak yang simple-simple je.goreng kobis cina ngan ikan sardin masak kicap.




kobis cina goreng ngan bawang putih , ikan bilis last sekali bubuh kicap cair.kalau nak goreng kobis cina ni tak payah letak air.




Bahan-bahan nak masak ikan sardin masak kicap.

1) 1/2 labu bawang besar dihiris.
2)rempah campur(kayu manis, bunga lawang, lada putih, buah pelaga)
3)4 biji cili api dibelah dua
4)bawang putih 3 ulas dihiris
5)1/2 inci halia dihiris.





Bahan untuk kuah

1)2 tbsp kicap pekat
2)1 tbsp sos lada hitam
3)2 tbsp sos tiram






Ikan mackerel & sardin tin besar diasingkan isi ikan ngan sos.




tumis rempah campur, bawang besar, bawang putih , halia sampai naik bau.kemudian masukkan ikan tadi bersama cili api yang sudah dibelah dua.goreng ikan tadi sehingga garing sedikit.last sekali masukkkan ketiga-tiga sos tadi, termasuk sos ikan sardin.Jangan bubuh garam lagi, sebab semua jenis sos dah ada garam.




Ikan sardin masak kicap ni tak berapa pedas, kalau sesiapa yang suka pedas, bolehlah tambah cili api lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina