Friday, July 16, 2010

Mencari Jodoh

Mencari jodoh kali ni , bukan mencari pasangan.mencari sayur yang sesuai untuk dijodohkan bersama dalam kuali atau periuk.dalam ertikata dimasak bersama.Kadang-kadang aku boleh jadik pening, bila aku jumpa lauk yang dijodohkan tak bersesuaian.contohnya cam kat kantin tempat aku kerja, ada ke patut ,dia boleh jodohkan sayur terung campur labu campur kobis .macam-macamlah, yang boleh buat ko pening kepala nak makan.kalau nak menjodohkan pun biarlah yang bersesuaian.sedangkan kita pun kalau nak cari laki atau bini, pandai pulak pilih yang cocok ngan diri kita.


Lauk kat bawah ni aku masak pagi tadi untuk firdaus dan bekalan ke tempat kerja.Memandangkan aku kesuntukan masa, jadi terpaksalah aku membuat penjodohan sayur ngan ayam.



Jadik sayur yang sesuai aku rasa

1)bendi dipotong 3
2)labu kuning dipotong kecil
3)rempah kari 3 tbsp dibancuh ngan air
4)sedikit air asam jawa (Asam keping pun boleh)




1)4 biji bawang merah dihiris
2)2 biji bawang putih dihiris
3)3 biji cili merah dibelah dua
4) sedikit rempah campur
5)2 tangkai daun kari





Ayam potong kecil dan garam kunyitkan.






Mula-mula tumis daun kari, rempah campur ngan bahan hiris tadi sampai naik bau.kemudian masukkan rempah kari yang dah dibancuh ngan air tadi.tumis rempah sampai pecah minyak.




Bila rempah dah pecah minyak, masukkan ayam , labu kuning, ngan cili besar.masak sampai ayam betul-betul masak.Tambahkan sedikit air .





Bila ayam dah separuh masak , masukkan bendi tadi.Bendi dah nampak empuk, bolehlah masukkan air asam jawa, garam ngan sedikit gula sebagai penambah rasa.





Satu masakan yang boleh dimasak dalam masa yang singkat, dan mengunakan sayur yang bersesuaian.


Sayur apa yang paling korang suka untuk dijodohkan bersama dalam kuali atau periuk?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina