Monday, July 5, 2010

Menu simple



Hari minggu tu masak simple je.Masak apa yang ada dalam peti ais je.ni aku nak masak ikan pari berempah.kalau korang nak tukar ikan lain pun boleh.contohnya tenggiri, jenahak atau yang lain-lain.

Ingredients

1)2 tbsp rempah kari
2) asam jawa bancuh ngan 30ml air
3) mangga masak dihiris(ikut suka nak letak berapa banyak)
4)3 biji bawang merah ngan 2 ulas bawang putih dihiris.
5)1/2 inci halia dimayang
6)sedikit rempah campur





ikan yang digoreng separuh masak.




Tumis rempah campur ngan bawang hiris sampai naik bau.




Masukkan mangga, rempah kari ngan air asam jawa.kalau kurang air , tambah air sedikit.masak kuah tadi sampai mendidih.last sekali masukkan ikan.bubuh sedikit garam ngan gula sebagai penambah rasa.




Ikan berempah sedap dimakan bersama nasi panas.




Sayur pulak , terung panjang goreng cili.

1)6 tangkai cili kering, ikan bilis,4 bawang merah kecik diblender kering
2) 2tbsp sos tiram




Gaul terung panjang ngan sedikit garam, kemudian goreng deep fry.susun terung yang dah digoreng didalam pinggan.




Tumis bawang sampai naik bau, kemudian masukkan cili ngan ikan bilis tadi.goreng sampai betul-betul masak.last sekali masukkan sos tiram.bubuh air sedikit.




Tuang diatas terung tadi. Siap 2 hidangan yang simple untuk makan tengahari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina