Friday, January 28, 2011

Alaf baru

Apa khabar geng -geng semua, semoga semuanya sihat walafiat bersama keluarga tercinta.

Hari ni, aku nak cerita pasal persekitaran taman aku tinggal. Penghuni rumah, semuanya terdiri dari orang melayu belaka. Kalau nak tengok bangsa lain, boleh dikira ngan jari.

Aku bukannya tak pernah duduk kawasan melayu, tapi kawasan aku ni cam pelik sikit.Dari kecik sampai berumahtangga kebanyakan jiran aku semuanya melayu. Nak kata aku rapat sangat ngan jiran tak de lah, tapi kalau kenduri kendara atau kematian aku pakat pergi. Bukan tak bercakap ngan jiran, cuma perangai aku ni suka cakap benda yang penting je. Jadi dorang dah paham sangat perangai aku.

Paling aku tak paham orang melayu taman aku tinggal ni, banyak yang aku tengok tak sebulu. Sebelah menyebelah , kalau buat kenduri kahwin, kalau tak sebulu , dorang tak jemput. Sampai hari tu, jadi satu kes yang memalukan orang kita sendiri. Kisahnya Si A tak sebulu ngan si B, mereka jiran sebelah menyebelah.

Si A buat majlis kahwin anak dia, boleh pulak dia tak jemput Si B. Si B pulak ikut kepala angin dia, letak pasu bunga besar kat depan rumah, tak bagi orang yang pergi jemputan kahwin Si A parking kereta. Terjadilah pergaduhan besar, pada majlis kahwin tu berlangsung. Sapa yang malu, mereka dan keluarga mereka gak yang malu.

Selalunya kita disyarat oleh majlis tempatan membina tembok rumah setinggi 2 meter(umpama kalau kita berdiri, masih nampak jiran sebelah), tapi kat sini lain, kalau jiran sebelah menyebelah dah tak sebulu, mereka akan simen tembok hingga kebumbung. Dalam erti kata, mereka dah tak nampak jiran sebelah. Boleh dikatakan hampir 50 % yang buat tembok macam dinding dalam rumah. Pada mulanya aku pelik gak, lama-lama lantak koranglah, malas nak campur.

Pada pandangan aku , kalau dah macam tu punya paten, baik buat rumah dalam hutan, tak campur sesiapa. Selama duduk kat sini dekat nak 7 tahun, aku tak pernah nampak muka , jiran belakang rumah. Mereka ni, asyik berkurung ke 24 jam?. Aku pelik, masa masak pun dorang boleh tutup semua cermin tingkap. Itu pun aku malas nak fikir, lantak pi lah ko.

Aku pulak, perkara utama yang aku buat waktu pagi, bukak semua cermin tingkap. Sliding door kat rumah aku pun tak pernah tutup, sehinggalah waktu nak masuk tidur. Aku rimaslah nak tutup-tutup semua ni. Jiran depan aku pulak, boleh 24 jam berkurung ngan sliding door bertutup.Dah lah rumah tak de air cond, cam manalah dia bernafas. Sekali jelah aku senyum kat dia, tapi dia buat muka bodoh, tak de lah lagi nampaknya aku nak senyum.

Lagi satu akal aku, cam tak boleh terimalah, kalau pasal kucing pun nak jadi isu. Kucing tu ada akal ke?, yang ko nak marah kalau dia kencing atau berak merata-rata. Kat depan rumah aku ni lagi tahi kucing bersepah-sepah, aku buang je. Buat apalah kita nak jadi haiwan gak, yang memang dah sah tak de akal fikiran. Nampak je tahi kucing, mulalah nak menuduh sipolan atau sianu tu punya kucing. Macam kucing tu ada pakai name tag.

Orang melayu sekarang tak macam dulu, kalau aku perhatikan. Dulu kalau ada jiran yang nak balik kampung, mereka akan beritahu kita, suruh tengok-tengokkan rumah, tapi sekarang hilang cam tu je.

Kalau bangsa lain, aku tak delah kisah sangat, ini bangsa sendiri. Yang bagusnya pasal dorang ni , bila time mengumpat, dorang boleh berkumpul dan bersepakat. cehhh tak boleh belah. Paling best aku tengok, setiap kali aku bawak bekalan untuk pengasuh Firdaus, ada je mata-mata yang aku nampak mengintai dicelah daun tingkap. FBI betul.


Senyum tapir : Adakah cerita yang sama berlaku ditempat kalian?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina