Wednesday, January 12, 2011

Mac Gyver



Penatlah hari ni, buat rumah dari petang sampai malam, baru siap. Itu pun masih dalam kesamaran.. Ada banyak benda nak tepek , nantilah.

Berehat sebentar , makan kit kat ye.

Aku nak cerita sikit pasal Firdaus, umur 6 tahun sekarang ni.

Firdaus ni , kalau kita suruh ambil barang apa-apa, dia malas sikit. Kalau ayah dia suruh, lagi lah banyak soal. Firdaus ni, ngan ayah dia, tak takut. Manjalah katakan. Kalau dia cari barang, garenti tak jumpa.Lagi satu peel dia, suka mengusik orang. Kalau tengah makan, nak minum sangat, tunggu dia ambil air , boleh tercekik., Nanti bukan air yg sampai, handphone, sikat , macam-macam lagi. Dengar aku jerit cam tarzan, baru dia ambik.

Bila Firdaus cari barang tak jumpa,ayah dia suka perli cam ni....,

"Firdaus ko cari ngan lutut ke ngan mata?"


Hari tu anak perempuan aku call, di tanya aku, ada sesiapa ajar Firdaus, cakap cari barang ngan lutut ke?. Diau ngadu, hari tu, dia ada suruh Firdaus ambilkan Handphone kat atas almari, masa tu, dia kat rumah aku. Dia bengang je, Firdaus selamba badak boleh cakap cam ni, "Akak!!!!!! boleh ambil sendiri tak?, Firdaus ni, cari barang pakai lutut tau(ulang 3 x). Menyirap je darah anak aku dengar. Nasib baiklah kecik.




Bekalan ke sekolah untuk si putau. Sesekali tak pe, jangan selalu. Nugget tak berapa baik untuk kesihatan kanak-kanak.


Senyum tapir : budak sekarang, dia boleh putau balik, apa yang kita cakap kat dia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina