Friday, February 11, 2011

jadam

Maaf , hari ni cerita pendek je. Panjang atau pendeknya cerita aku bergantung ngan muka boss. Kalau dia senyum sampai ke telinga, cerita jadi panjang, sebaliknya kalau muka dia kelat, cerita jadi pendek.

Aku scary, pagi lagi dia dah cari aku, sambil memberi arahan diiringi muka kelat. Jenis aku, tak suka orang beri arahan, sedangkan kerja tu aku memang tahu cam mana nak buat dan bila masa nak buat. Bab kerja memang aku suka puji diri sendiri sebab aku tak suka tangguh kerja. Lagi satu aku tak suka bila tengah buat kerja, boss duk tunggu kat belakang tempat duduk. Masa tu aku wajib tegur ngan menonjolkan muka yang sehabis manis cam ni"tak pelah, nanti dah siap saya letak dalam bilik you"

Lagi kalau dia cakap, malam tadi dia mimpi kau. Pasti dari pagi sampai petang, dia akan kerap keluar dari bilik , ada je kerja yang dia suruh buat.

Aku berharap ada ramai visitor yang nak jumpa dia hari ni. Masa tu boleh aku buat cerita sampai tak ingat.


Senyum tapir : boss korang okey ke hari ni atau korang adalah boss cam mana hari ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina