Wednesday, April 27, 2011

Tak suka jangan baca

Salam hari rabu.................................................

MAAF KALAU GUNA PERKATAAN GUA, SEBAB ENTRY BAHAYA....

Hari ni gua busy, banyak urusan nak buat, tapi kat opis. Gua nak cite ni sebab cam nak ketawa-ketawa terbahak lu buat cite yang sama tapi yang cam biasalah tunjuk diri lu baik.

Harap maklum dalam blog ni gua tak pernah sebut yang gua baik, dan gua pun tak pernah kutuk blog lu, sebab gua suka je baca blog lu buat apa gua nak kutuk. Cuma bila baca entry lu yang kutuk gua, hati gua berbunga -bunga , cian ada gak hati orang yang tak tenang.

Gua cite pasal blog lu ni bukan gua kutuk, sebab nak beritahu ngan orang lain, ada gak manusia cam ni dalam dunia yang semakin maju dan dalam fikiran manusia dah banyak yang ke depan.
Sebelum start keja , gua nak tanya korang pernah tak mengalami situasi cam gua alami,

1) Gua dapat tahu tuan punya blog tu, tak suka gua, tanpa gua tahu sebab dan musababnya. Gua tahu macam -macam dia kutuk gua. Dia kata gua keluar makan anak gua bayar, jenis gua suka nak up cite pasal anak. habis tu gua nak up cite pasal apa? pasal kak ros buat botox ke?

2)Dia cakap gua beli bag RM15.90 sebenarnya dia salah, lagi murah gua beli RM14.90, cuma dia lebihkan seringgit, sebab gua tak mampu cam dia boleh beli bag coach.Tak pernah pun gua cakap dia penipu.

3) Dia kata gua orang tua tak sedar diri. Tak pernah pun dalam blog gua cakap gua orang muda sedar diri.

4)Kira satu benda pun lu tak suka pasal blog gua ni.


jeng jeng jeng yang best dalam diam dia baca blog gua , dan akan buat satu cerita yang kontra ngan apa yang gua tulis. Dia tak tahu ke ni blog gua suka hati gualah nak tulis apa.
Kalau hati dia tak suka, janganlah baca. Dia cakap orang yang komen blog gua semua nak ampu vontot gua. Bila pulak gua jadi ahli politik orang nak wat baik ngan gua. Pernah ke gua bagi korang duit atau hadiah kasi komen blog gua kaw kaw.

Gua ni jenis manusia yang suka pandang positive kat orang, bagi gua tak de manusia yang jahat dalam dunia ni. Bila suami bagi nasihat, dia kata dalam dunia ni waima dalam tempat ibadat pun ada manusia cam ni. Baru gua paham sekarang apa yang dia maksudkan.

Mulai sekarang gua nak beritahulah pada sesiapa yang tak suka ngan apa yang gua tulis , sila jangan baca, gua takut korang meroyan plak pegi gantung diri. Orang yang macam gua ni tak akan up satu entry lagi nak maki orang. Tak de feadah wat buang air liur gua. gua manusia yang tak de hati perut punya kalau gua tak suka gua tulis je, tapi gua tak suka buruk sangka dan rasa cam orang cakap pasal gua je. Nanti kalau ingat banyak, boleh jadi gila. gua cool je.

Kenapa gua cool? Dalam family gua ada suami dan 4 orang anak je, yang lain semua dah masuk dalam kubur. Gua tak de heran kalau mati pun . Lu banyak saudara, nenek , moyang semua ada, daripada lu meroyan cam orang gila , lebih lu jaga lu punya laki dan anak dan kaum keluarga lu dan lain-lain.

okey beb ye, lagi satu pesanan wa untuk pengikut lu tu, cuba kool sikit , tak lama lagi nak melangkah ke malam pertama , tak cool lah kalau nak marah gua yang dah tua tak lama lagi nak mati ni, bukan saingan lu. lu cantik, kena sesuaikan ngan perangai lu. wa ni 40+++ , lu 23 tak sesuailah. okey beb.

Gedek lu betul , Insyaalah gua tak caya santau tu, gua caya sekarang lagi best kalau masuk orang dalam guni buang kat laut, lagi cool beb, sejuk boleh terampung .ekek ekek ekek

Harap maaflah gua tak tahu lu pernah keja cashier dulu. cam ni pun boleh, macam dalam Malaysia dialah cashier yang aku sebut tu.




tengok anak wa cool je.

Ada ke pernah gua cakap cam ni kat lu orang "lu kalau tak baca blog gua siaplah lu orang."Tak de kan.


MANUSIA KALAU TAK WAT HURU HARA TAK BOLEH KE? HAIWAN KAT HUTAN PUN PANDAI DUDUK DIAM.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina