Showing posts with label rounder. Show all posts
Showing posts with label rounder. Show all posts

Tuesday, November 2, 2010

Believe it or not?

Ini bukan rancangan tv3, ini rancangan rekaan semata-mata. Isi kandungannya benar.Peristiwa berlaku, selepas memakan NASI GORENG ini






Tahukah anda makan ice cream coklat atau vanila ngan kacang shandong(yang dibeli kat pasar malam) .sedap




Tengok cam mana sedapnya ice cream tu.




Ini aku punya ice cream. Kacang lebih lagi sedap. Lagi sedap , kalau perasa vanila.mabeles




Hari tu aku ada cakap yang Jothika, order cheese tart kan.Jadi, malam tadi tugas aku menyiapkan tart. Hari khamis , akan diletakkan cheese keatas tart. I love u Jothika, dari India dia call, semata-mata cheese tart punya pasal.Jothika suka letak coklat, nanti hari khamis aku update yang dah letak coklat ye. Tahukah anda Jothika adalah pelakon filem Tamil yang paling famous.




Ini separuh dari tart yang menunggu untuk dibakar.








Tart yang baru keluar oven, aku terbalikkan, supaya cepat sejuk.


Breakfast pagi tadi, Anoy kau dah makankan jemput-jemput ni, sedap ke tak?sila komen, dan nyatakan rasa dia.




Tahukah anda tepung gandum + sedikit garam, baking powder digaul mesra
suku kobis cina dihiris, segengam ikan bilis, bawang kuning 1 biji dihiris campurkan kedalam tepung gandaum tadi. Bancuh mengunakan air suam. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing, akan menjadikan jemput-jemput anda lebih sedap.




Jemput-jemput bilis aku yang ngetop.




Tahukan anda, makan jemput-jemput bilis lebih sedap kalau makan dengan sos cili buatan sendiri. Caranya blend 10 tangkai cili kering ngan 3 ulas bawang putih. Masakkan cili blender tadi ngan sos tomato.Bubuh gula ngan sedikit perasa dan garam. Ambil jemput-jemput tadi, cicah ngan sos cili buatan sendiri tadi.


Tahukah anda , dibawah ni perbualan yang pelik, antara aku ngan ratu .

Aku : Pegawai farmasi kali ni cam serius je. datang dahlah pukul 12.30.Berbulu je , dahlah duduk dekatkan meja aku.nak buat aktiviti berblogging pun susah.(sambil menyuap bihun goreng dalam mulut)
Ratu :Dari jauh betul dia datang. ofis dia dalam hutan, kat meru tu.(sambil mengopak kepak ayam)
Aku : Dalam hati ( Dah pindah ofis rupanya jabatan Farmasi, setahu aku dulu kat Shah Alam).Pegawai tu cam baru je.Ajak makan pun tak nak.
Ratu : Sanggup dia datang dari jauh.pasal apa kak dia datang?
Aku : Pasal kerja.

last sekali siAnoy yang explain kat ratu.

Baru aku tahu , ratu ingat lain aku ingat lain.Rupanya ratu ingat orang tu dari Pahang Pharmacy supplier, aku pulak cakap itu pegawai Farmasi.


Senyum Tapir : Miscommunication ada di mana-mana.

Friday, October 29, 2010

Abang Jet bersiaran lagi

Bersama DJ Abang Jet
Stesyen radio : star FM (0.99)
Rancangan : lepas geram

Pemanggil pertama


Abang Jet : Siapa disana
Pemanggil : Saya Siti, dari Jerantut
Abang Jet : Apa yang nak digeramkan sangat siti?
Pemanggil : Saya benggang ngan Noni , kawan sepejabat.
Abang Jet : Apa yang dia dah buat kat ko?
Pemanggil : Saya dah anggap Noni ni cam adik kandung sendiri, apa yang saya makan , dia makan.Segala rahsia saya, rahsia dia jugak. Baik sangat, cam isi ngan kuku. Alih-alih, saya dapat tahu dia cucuk boss, supaya tukarkan tempat saya. Dia kata kat saya tak boleh buat kerja, pemalas.Tak sedar diri punya kawan.
Abang Jet : Mana Siti tahu, Noni buat cam tu :
Pemanggil : Sumber yang boleh dipercayai.
Abang Jet : Siti , jangan dengar sebelah pihak, tanya kawan awak tu dulu.
Pemanggil : Cukup hanya sekali.Saya percaya, dah banyak kali dia tikam saya dari belakang
Abang Jet : Pesanan terakhir untuk Noni
Pemanggil : Go to heaven.


Pemanggil Kedua

Abang Jet : Siapa disana
Pemanggil : Maimon dari N.Sembilan
Abang Jet : Apa kes subuh-subuh ni?
Maimon : Ingat tak dulu saya ada call, yang saya ngan mak mertua tak bertegur, pasal sotong bergula.
Abang Jet : Tak berapa ingatlah Kali ni pasal apa pulak?
Maimon : Semalam saya terbangun lebih kurang pukul 6 pagi. Saya ingat nak buat sarapan, perut pulak memulas. Saya pergilah buang air besar dulu, keluar dari jamban, saya tengok mulut mak mertua saya muncung sedepa. Rupanya, dia marah saya buang air besar.Dia kata geli, siap pesan lagi, lain kali buat sarapan dulu sebelum buang air besar. Sakit hati betullah, kalau dah perut nak memerut , takkan boleh tahan.Tak paham betullah.
Abang Jet : Sabar jelah puan maimon. Orang tua, biasalah macam tu.cerewet.



Pemanggil Ketiga


Abang Jet : Siapa di sana
Pemanggil : Abang Syed dari Ulu Bernam
Abang Jet : Abang Syed, Apa kes, subuh -subuh lagi nak lepas geram.
Pemanggil : Saya nak lepas geram sangat dengan orang rumah saya.
Abang Jet : Kenapa ngan orang rumah abang Syed?
Pemanggil : Saya dah tak boleh tahan lagi, dia buat saya cam orang gaji. Masak, basuh baju , hidang air untuk orang datang semuanya saya kena buat.
Abang Jet : Kenapa tak tegur cara baik?
Pemanggil : Abang syed rasa , orang rumah abang tu, main bomoh, sebab tu abang cam dengar je cakap dia. Nak marah pun tak boleh.Depan Jet ni beranilah abang Syed tinggi suara.Balik rumah cam tikus mondok.Okeylah Jet, tu ah orang rumah abang dah menjerit cam tarzan, suruh salin pampers anak.
Abang Jet : Okey okey abang Syed, lain kali call lagi.




Pemanggil keempat

Abang Jet : Siapa di sana?
Pemanggil : Saya kak Gayah dari Ulu Bernam
Abang Jet : Apa yang nak digeramkan kak Gayah?
Pemanggil : Akak geram sangat ngan siminah yang goda laki akak tu. Sampai pekan sabak Bernam, laki akak bawak dia naik motor. Laki akak ni, bila suruh pergi beli ikan masin kat kedai depan rumah ni, banyak saja alasannnya. Kalau membawa siminah tu sampai ke pekan Sabak, laju je. Siminah tu pun satu, kalau dah janda , buatlah cara janda. Selamba badak dia nak usung laki aku dalam kampung ni. Dia ingat aku ni tunggul mati ke? Hari tu baru apek ikan tu mengadu, dia tak nak bayar hutang, disuruhnya apek tu datang tidur rumah dia.Laki aku ni, memang tak sedar diri betul, Perempuan cam tu pun, dia gilakan.
Abang Jet : sabar, sabar kak Gayah. Apa pesanan terakhir kak Gayah untuk siminah ni.
Pemanggil : You and my husband go to hell.






Senyum tapir : Apa khabarlah SiMinah sekarang? Berapa banyaklah apek ikan yang dah menjadi mangsanya.

Monday, October 18, 2010

Ikan, ikan, ikan




Semalam, laki aku balik dari laut.Dapat ikan sembilang ngan pari.Biasalah aku ngan firdaus ni tak boleh tengok ikan, rasa masa tu jugak nak goreng atau stim atau terus makan mentah. Aku ambil seekor, bersehkan, potong ke beberapa bahagian.Gaul ngan sedikit garam , serbuk cili ngan tepung jagung.Biar 30 minit, nanti semua rempah masuk kedalam isi ikan tu. Kepalanya aku simpan, nanti kalau masak asam pedas bolehlah masukkan.




Goreng deep fry dalam minyak yang banyak.





Sedap makan panas-panas. Terlampau sedap, kalau korang makan rambut boleh jadi macam ni.

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V



V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
ini kalau lagi sedap





Maafkan mak tak tinggalkan kau ikan goreng tu , sebab siapa suruh kau pergi Jaya Jusco. Lagi satu, kau kata kau nak makan lamb stew bersama feroz.

Orang yang tak pandai bergurau mesti percayakan, makan ikan goreng tu rambut jadi macam ni.




Aku bangga, kedai ni mengunakan recycled paper sebagai bag. Nasib baik kau bawa habuan untuk Firdaus.






Thanks to www.2littlefishes.com memahami isi hati Hijau itu Indah dan Permai




Akuarium kedua, selepas yang satu lagi dibiarkan mati selepas seminggu.Kalau aku, memang tak merasa nak beli lagi.




Aku doakan semoga kau panjang umur, disamping tuan kau yang baru tuan Firdaus.Tak tahu berapa lama lagi kau mampu bertahan?


Senyum tapir : Aku suka berkawan dengan orang jahat, sebab orang baik aku tak tahu dia pakai topeng apa?

Sunday, October 17, 2010

sabtu nan indah

Sabtu nan Indah bagi diri aku

dapat lari dari kesesakan jalanraya walaupun aku hanya penumpang
dapat lari dari bebanan kerja di tempat kerja walaupun aku hanya kuli biasa
dapat lari dari manusia yang mungkin di depan aku suka di belakang tak suka(sila cabut pisau yang kau pacak dibelakang aku) walaupun aku anggap kau teman sejati

Sabtu bertemu dan bersama keluarga, memang menjanjikan hari yang paling bahagia.



Di kawasan kampung tempat aku tinggal.Firdaus aka simontel meninggalkan aku jauh di belakang. Mana boleh menandingi kekuatan budak lelaki.



Ayam yang sering berkokok. Ayam jantan ke berkokok?



Peace no war dari jauh.


Hari ni aku bagi perlepasan firdaus , kalau hari lain jangan harap dapat menghisap air berkaler tu. Budak montel yang belum mandi dan busuk.


Firdaus terselit diantara makcik-makcik tengah membeli ikan dan sayur. Banyak makcik yang geram ngan pipi dia yang tembam.



Aku suka, bila nampak banyak lebah hisap madu bunga ni.Mungkin bunga ni manis.


Hari sabtu laki aku ke laut, jadi amanah menyiram pokok-pokok jatuh ke tangan aku.


Ini pokok daun kunyit yang lebih mendapat perhatian.


Maafkan aku pokok daun kari, dah lama aku tak membelai mesra kau, sejak aku beri perhatian lebih pada pokok daun kunyit.



Aku suka sangat dengan pokok ni.Bapa mertua yang kasi.



Daun pandan aku tanam di bawah pokok mangga. Daun pandan kelihatan hijau daunnya, jika tak kena cahaya matahari secara langsung.



Boss kat tempat kerja aku cakap, tuhan sayangkan aku, sebab tu dia bagi pokok mangga cam ini.



Dah banyak berbunga, tak lama lagi bolehlah dapat hasilnya.



Senyum tapir : Aku call laki aku kat laut , dia cakap dapat ikan pari.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina