Tahukah anda makan ice cream coklat atau vanila ngan kacang shandong(yang dibeli kat pasar malam) .sedap
Tengok cam mana sedapnya ice cream tu.
Ini aku punya ice cream. Kacang lebih lagi sedap. Lagi sedap , kalau perasa vanila.mabeles
Hari tu aku ada cakap yang Jothika, order cheese tart kan.Jadi, malam tadi tugas aku menyiapkan tart. Hari khamis , akan diletakkan cheese keatas tart. I love u Jothika, dari India dia call, semata-mata cheese tart punya pasal.Jothika suka letak coklat, nanti hari khamis aku update yang dah letak coklat ye. Tahukah anda Jothika adalah pelakon filem Tamil yang paling famous.
Ini separuh dari tart yang menunggu untuk dibakar.
Tart yang baru keluar oven, aku terbalikkan, supaya cepat sejuk.
Breakfast pagi tadi, Anoy kau dah makankan jemput-jemput ni, sedap ke tak?sila komen, dan nyatakan rasa dia.
Tahukah anda tepung gandum + sedikit garam, baking powder digaul mesra
suku kobis cina dihiris, segengam ikan bilis, bawang kuning 1 biji dihiris campurkan kedalam tepung gandaum tadi. Bancuh mengunakan air suam. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing, akan menjadikan jemput-jemput anda lebih sedap.
Jemput-jemput bilis aku yang ngetop.
Tahukan anda, makan jemput-jemput bilis lebih sedap kalau makan dengan sos cili buatan sendiri. Caranya blend 10 tangkai cili kering ngan 3 ulas bawang putih. Masakkan cili blender tadi ngan sos tomato.Bubuh gula ngan sedikit perasa dan garam. Ambil jemput-jemput tadi, cicah ngan sos cili buatan sendiri tadi.
Tahukah anda , dibawah ni perbualan yang pelik, antara aku ngan ratu .
Aku : Pegawai farmasi kali ni cam serius je. datang dahlah pukul 12.30.Berbulu je , dahlah duduk dekatkan meja aku.nak buat aktiviti berblogging pun susah.(sambil menyuap bihun goreng dalam mulut)
Ratu :Dari jauh betul dia datang. ofis dia dalam hutan, kat meru tu.(sambil mengopak kepak ayam)
Aku : Dalam hati ( Dah pindah ofis rupanya jabatan Farmasi, setahu aku dulu kat Shah Alam).Pegawai tu cam baru je.Ajak makan pun tak nak.
Ratu : Sanggup dia datang dari jauh.pasal apa kak dia datang?
Aku : Pasal kerja.
last sekali siAnoy yang explain kat ratu.
Baru aku tahu , ratu ingat lain aku ingat lain.Rupanya ratu ingat orang tu dari Pahang Pharmacy supplier, aku pulak cakap itu pegawai Farmasi.
Senyum Tapir : Miscommunication ada di mana-mana.