Monday, November 8, 2010

Saja nak eksen

Saja nak eksen, tunjuk lauk je. Aktiviti masak lauk selepas Deepavali. Idea yang bernas , kurang menyerlah hari ni. Bila idea dah tak bernas, mulalah aktiviti tunjuk menunjuk berlaku. Contonhnya aktiviti tunjuk lauk, handbag, kasut, seluar kecik, baju kecik, berbagai-bagailah, sehingga kebernasan idea timbul. Bukan senang, nak menimbulkan idea yang bernas-bernas ni. Kebanyakan idea aku ni timbul dari kepala hotak aku. Jadi, kenalah ambil banyak masa.







Sambal belacan ni senang je, kalau malas tumbuk blend kering cili api , cili masak yang dah dipatah-patahkan dan belacan yang dah dibakar atau digoreng . Lepas blend perah limau , letak gula ngan seketit perasa. Baru anak perempuan aku, bersehkan pinggan dia semalam.





Kari keling tanpa santan, ikan kembung ngan terung panjang. Resepi cuba selongkar kat sini , lebih kurang sama, tukar je dari ayam ke ikan.Kalau nak kuah , bubuh air asam jawa.




Sayur campur.






Dah tabiat kot, kalau masak kari mesti aku goreng telur dadar.


Senyum Tapir : Kenapa Beras cap buah berbulu tu , kalau masak , tak berapa elok.Nama buah berbulu yang sebenar, tak boleh dinyatakan di sini. Berikan pendapat anda?Sesungguhnya pendapat anda amat diperlukan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina