Wednesday, November 24, 2010

Khas untuk pemarking yang tak berhemah



Simontel tengah berfikir, kuda yang nak dipilih.

Untuk orang yang parking sesuka hati kat depan rumah orang, macam cerita semalam kat sini sila lah naik kuda. Senang nak parking , boleh ikat ditiang yang korang suka. Inilah adalah, pesanan dari tuan punya blog ni. Sila Pilih, Kuda mana yang jadi pilihan. Ladang kuda ni , terletak berhampiran ngan kediaman aku. Kuda ni banyak nostalgia. Aku teringat, semasa anak lelaki aku berumur 10 tahun, kuda ni di bawak ke sekolah , semasa ada temasya sukan . Setiap seorang murid, dibenarkan naik kuda ni, satu pusingan padang bola sepak.



Kuda ni pilihan aku.





Kuda putih sedang memalingkan vontot kearah aku.


Selepas penat di ladang kuda, aku bawa simontel gunting rambut di tempat biasa. Nampak tak budak perempuan tu, dia nak buat rebonding dijambul depan.




Malu pulak.Seksi betul lah tukang gunting rambut ni.




Sampai terlelap simontel, akibat belaian sipengunting rambut yang mantop.




Gambar selepas rambut digunting.

Nasib baik laki aku tak nampak, simontel bergambar ngan anak patung. Kenapa ye, lelaki tak suka anak lelaki dia bergambar ngan permainan budak perempuan. Ada pro dan kontra ke?.Mungkin takut anak lelaki mereka, terikut-ikut jadi perempuan, bila dah besar nanti. Mungkin mereka takut jadi seperti tukang gunting rambut di atas?.Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja , boleh menjawab soalan ini.


Senyum tapir : Syukur kepada Allah SWT, pemarking tak berhemah itu dah sedar. Jadi buah mangga aku, tak jadi keguguran sebelum waktunya,

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina