Gambar bulan ni, diambil pagi tadi berhadapan ngan flat 8 tingkat.
Oh bulan ko dengar tak?
Aku nak bagitahu satu cerita
Cerita tentang 2 ekor monyet
1 ekor monyet tu orang baru, satu lagi orang lama.
Mereka 2 ekor ni, dah menjadi sahabat setia
Dah tak boleh dipisahkan
Aku taklah cemburu
Masaalahnya, monyet ni menyusahkan aku.
Suka tunjuk pandai.
Hari ni, memang hari cam aku nak tanggalkan kepala 2 ekor monyet tu , dan ambil otak dia.
Pagi tadi 2 ekor monyet ni dah memalukan aku.
Penatnya aku menyembah kaki pencari harta karun, atas arahan 2 ekor monyet ni.
Naik tengahari, dia suruh aku cancel pulak.
Manalah, aku nak letak muka ni.
Lain kali, tak dapek eden nak nolong ekau lagi.Betul ke loghat akak ni N 9, lisa.
Jom layan nasi goreng aku pagi tadi, korang jangan peduli, itu luahan hati yang terlampau geram. Aku kalau geram , suka cakap ngan bulan.Cakap ngan orang , bukan paham.
6 biji cili masak dimesin kering
Bawang merah kecil 5 biji ngan 4 ulas bawang putih dimesin kering.
Ikan bilis ikut suka, berseh dan dimesin kering.
Tumis semua bahan sampai naik bau, kemudian masukkan sayur apa-apa, ikut kehendak hati masing-masing. Ini, aku letak sayur sawi. Masukan nasi putih bersama kicap cair, dan secubit perasa.Kicap cair sebagai penganti garam.Laki aku ni, banyak sangat pantangnya, tak boleh letak garam nanti masin sangat.
Nasi goreng makan ikan masin sedap gak kan.Habis dah aku, tak de rasa masin.
Isi air dalam cerek, jangan sampai penuh. Tenggek atas dapur.
Tunggu air betul-betul mendidih, jangan sampai air dia kering pulak. Ratu jelita sila ambil resepi cara masak air, yang ko minta hari tu.
Senyum tapir : Manusia sekarang ni banyak guna lutut dulu masa buat kerja, sebelum guna otak.Insyaalah !aku tak, aku guna otak, sebab lutut aku dah tak kuat.