akak spider saya peminat tegar blog akak. Saya tahu pasal blog akak ni pun, bila terbaca magazine luar negara hari tu, masa dalam flight ke uganda . Semenjak dari tu, sebelum masak, saya mesti buka blog akak , ambil resepi. Dalam banyak-banyak resepi kat situ, saya cari bihun goreng, tapi tak jumpalah kak. Saya memang benak sikit bab goreng bihun ni. Selalunya saya goreng bihun, mesti terhitam cam muka anak akak tu. Akak, saya suka gak e-novel Datin Markonah, bila nak sambung? Akak tolong bagi resepi bihun goreng sekali, bila akak reply email saya. Jangan lupa, akak tolong promote blog saya .Saya ni peminat tegar kaler kuningtahi, sebab tu saya namakan blog saya cintakuningtahi.com
_____________________________________________________________________
Reply email dari akak spider kepada chinta baiduri
cifilafakakfaklahfah kofo, mifinatfat, tafapifi kufutukfuk afakufu.vafavifi befetulfullahfahkofo. Terima kasih ye sebab minat blog akak dari jauh. Ye ke resepi bihun goreng tak de dalam blog akak ni? ko tengok pakai lufututfut kefe pafakaifai mafatafa, sorrylah terkasar sikit. Suka kaler kuning ye, pakaian dalaman pun kuning gak ke? kalau kuning akak spider respect. Okey akak akan promote blog ko sampai antarabangsa.Akak suggest ko tukar nama blog ke nama omputihlah.Nama melayu, orang tak kenal sangat. Kat sini akak lampirkan resepi bihun goreng(untuk 1 bungkus bihun) yang ko nak. Warna bihun tak delah hitam sangat.Ko kan tak suka bihun yang gelap. Lupa plak, pasal e-novel Datin Markonah tu , kena tunggu dulu, sekarang terlampau busy ngan ceramah motivasi. Bila dah free, baru boleh sambung.
Tumis 5 tangkai cili kering yang dimesin ngan 5 ulas bawang merah ngan 3 ulas bawang putih sampai naik bau. Bila dah naik bau , bubuh 1/2 sudu besar garam ngan 2 sudu besar gula.
Lepas tu boleh bubuh ikan bilis segengam, yang dah diblend kering. Tumis lagi sampai naik bau.
Masukkan sawi.kacau lagi.
Masukkan bihun yang dah direndam sampai lembut, bersama ngan kicap sekali. Goreng bihun tadi sampai lembut.
Last sekali, masukkan taugeh.Kacau sekata, sampai taugeh separuh layu. Kemudian bolehlah diangkat.
Chinta, ini dia bihun goreng yang kau suka sangat tu.Jangan lupa, buat ye.
Senfenyumfum tafapirfir : Bafanyakfak befetulful keferefenahfah oforangfang katfat lufuarfar safanafa.