Lagi satu kenangan yang aku tak boleh lupa sampai sekarang, guna sterika arang jenis lama nak mengosok baju sekolah. Bakar arang, jaga api, test dulu guna daun pisang , fuhh!!! kesannya menakjubkan, kalah sterika letrik. Budak-budak sekarang dah beruntung, taklah sangat merasa keperitan hidup.kenangan, kenangan, kenangan, walaupun pahit, tapi manis nak dikenang. kenapa ye?Aku sering tertanya-tanya.
kes geram, membabitkan simontel, yang tak kasi can aku guna laptop, anak perempuan aku punya. Aku tak tahulah , besar ni dah gila main games. Aku kasi can, tunggu tahun depan, dia sekolah , no more games.boleh jalan.Berebut-rebut nak guna, masa anak aku datang ni lah dia sibuk nak main games.Aku ada agenda tersendiri , nak update blog. Nak lepaskan kegeraman pada simontel, baik aku pergi gapai kuali ngan periuk, lagi bagus.
Inilah kesan dari mengapai periuk ngan kuali tadi. Sup sayur yang aku masak di pagi Aidiladha.Best betul sup sayur ni. Sila jangan sepak aku, pencakapan memuji diri sendiri. caranya pun mudah.Cepat pergi ambil kertas dan pen.
1)suku kobis cina dihiris
2)1 biji tomato dihiris nipis
3)1 packet fishball dibelah dua
4)cendawan tiram dikoyak 3 atau 4 helaian
Bahan tumis
6 ulas bawang putih ngan sedikit halia dicincang.
isi ayam dihiris-hiris
Tumis bawang putih ngan halia sampai betul-betl naik bau.Lepas tu masukkan isi ayam bersama fishball. Kemudian, bolehlah masukkan tomato hiris ngan kubis cina tadi,sambil tu boleh bubuhkan air sebagai kuah.Air janganlah terlalu banyak.
Senyum Tapir : Jangan ada yang salah paham, tak semua kenangan pahit, manis nak dikenang.Ada tu, makin dikenang , makin menjadi nanah.
PESANAN PENAJA BERDUA, DIBAWAH NI : JANGAN BIARKAN KENANGAN PAHIT , MENGELAPKAN MASA DEPAN
PESANAN PENAJA BERDUA, DIBAWAH NI : JANGAN BIARKAN KENANGAN PAHIT , MENGELAPKAN MASA DEPAN