Wednesday, November 10, 2010

Sudip kayu pun boleh

Selama 3 hari di Uganda, aku banyak belajar buat kek dan muffin.Terima kasih pada mak Nokoi, Momoi, yang banyak mengajar aku, selama beberapa hari diUganda. Memang terror, Momoi ni, tak payah pakai pemutar letrik, dia pakai sudip kayu je, bila mengacau adunan. Macam nak putus tangan kanan ni, almaklumlah mengacau pakai sudip. Ati, pakai sudip pun boleh, kalau tak de pemutar letrik. Lagi satu hal, lupa nak snap gambar Momoi, korang imiganasi sendirilah muka orang Uganda, cam mana.

Momoi ajar, sebelum buat persiapan, apa yang penting , kena susun cawan muffin dalam bekas pembakar. Dengan syarat, kena pilih cawan muffin yang cantik-cantik. Alasannya, Momoi kata, kalau muffin tu tak jadi, pandang cawan muffin tu, hati taklah sakit sangat. Bagus gak alasan dorang ni. Aku ikut je ajaran dia.Janji tak sesat.





Cantikkan cawan muffin kat sana.

Resepi ni Momoi kasi, sila ambil.Kalau tak nak , Momoi tak kisah.




2 tbsp serbuk cuppuccino.



Sediakan 2 bowl

Bowl pertama : campur 350 grams tepung + 3 tsp baking powder + 150 grams brown sugar + 1 tbsp coco powder (campur sekata adunan mengunakan sudip kayu)






Cairkan 125 grams butter (sejukkan)

Bowl kedua : 4 biji telur dikacau bersama butter yang dicairkan.




Tuangkan adunan bowl kedua, secara perlahan -lahan dalam adunan bowl pertama, sambil mengacau adunan. Sila mengacau adunan secara lembut. Jangan terlebih kacau.




Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 atau 30 minit.





Thanks Momoi, ajar buat muffin yang sedap.



Senyum Tapir : Nak tanya korang boleh tak? Kalau masuk rumah orang, korang suka lalu pintu depan ke belakang?kat Uganda, lalu kat pintu rahsia.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina