Tuesday, November 23, 2010

Macam -macam perangai

Manusia dalam dunia ni macam -macam perangai. Kadang-kadang fed up dengan perangai manusia yang suka mementingkan diri sendiri.Contohnya jiran aku seorang ni. Bukan aku tengok, jiran aku je, semua manusia kat luar sana pun sama. Rumah teres yang dibina , sudah ada tempat parking di dalam. Oleh kerana, nak memuaskan nafsu sendiri, rumah tu ditambah lagi, sehingga tempat nak parking kereta pun tak de. Kalau kereta ko sebiji, tak pelah, ini 2 atau 3 biji kereta.

Aku bukan berunsur cemburu, tapi bila rumah dorang tak de parking, rumah orang lain jadi mangsa. Habis korang ingat rumah aku tak jadi mangsa , manusia macam ni.Bukan tak boleh parking, tapi parkinglah kereta anda ngan berhemah. Hati aku panas sangat sebab :-


1) Bila pokok mangga, aku tu besar sangat dan daunnya rimbun, aku suruh laki aku ikatkan daun tu, supaya tak menggangu orang nak parking kereta kat situ. Sikit punya baik aku kan. Jangan nak sepak pulak, sebab puji diri sendiri.

2) Bila dah bagi peha nak betis. Berlebih -lebih pulak, parking betul di bawah pokok mangga, sehingga banyak buah yang patah dahannya gugur, akibat pemarking yang tak berhemah ni. Kalau nak parking pun, tengok-tengoklah sikit, kiri dan kanan.

3) Parking betul-betul depan pagar. Memang aku mengaku , aku tak de kereta.Tapi itu depan pagar aku, hak aku, bila anak aku datang, gabrah cari parking.


Bila aku susah sangat nak pikir jenis manusia yang nak senang je, sehingga menyusahkan orang lain, tindakan-tindakan yang sewajarnya perlu diambil segera. Tindakan yang aku ambil, setelah hati aku bertukar jadi musuh popeye, adalah dibawah.



Menyusun pasu bunga raya aku, ke tengah sedikit. Lu pikirlah sendiri, apa sebabnya.





Nasib baik 2 biji mangga yang sedang membesar ngan galaknya didalam guni ni, tak jadi mangsa keguguran..



Kedudukan buah mangga yang di tengah, lagi besar.




Kasihan buah mangga yang dah tergugur.





Buah mangga yang dihadapan sekali.





pokok aloe vera ni, ditanam oleh laki aku.

syyyy Jangan cakap dengan orang lain, ada rumah pemandu yang tak berhemah di depan sana.




Batang aloe vera yang besar tu, menandakan banyak tersimpannya air.


Jangan lupa , kalau nak tanam aloe vera ni, letaklah batu-batu, jadi bila kita siram, tanah tak menyembur keluar.





Potong pangkal Aloe vera.



Lihat lendirnya yang banyak, sesuai untuk di sapu di muka, dan kaki mak ngah dewi . Jangan marah mak ngah, nanti cepat tua.




Senyum tapir : Bila lah kambing mangsa korban tu nak disembelih? Aku tunggu lagi 2 hari, sebelum blog dia digugurkan, dari senarai.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina