Tuesday, November 2, 2010

Kekasih Gelapku

Mesti berduyun-duyun yang masuk blog aku ni, bila dengar kekasih gelap.Tak pun, kekasih gelap tu sendiri, mesti nak baca sangat, mungkin dorang nak dapat tips , jadik kekasih gelap yang terbaik. Sorrylah kekasih gelap kat luar sana, akak tak pernah amalkan berkekasih gelap. Akak amalkan kalau tak suka , putus dan cari lain. Itu amalan sihat. Kalau yang bersuami pun begitu jugak, kalau dah ada kekasih gelap, sila ceraikan isteri anda, atau kalau isteri anda sanggup bermadu, sila terus terang yang anda dah ada kekasih gelap. Malaysia ni kecik je, mana kau pergi pun, pasti akan terhidu.

Jeng , jeng jeng , jeng, jeng nak tengok kekasih aku yang dah gelap, cam India.Aku tahulah laki aku ada darah India, tapi dia putih, cam mana kau boleh terhitam pulak?

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V







Tengah menikmati nasi goreng yang laki aku puji sedap dan mabeles, sedangkan aku buat simple je. Susah tau laki aku nak puji sedap, selalunya dia cakap sedap, bila aku buat maggi je. vavi vavi, ikut cakap cik pah , buat maggi ada sedap ngan tak sedap ke? Nak tahu rahsia nasi goreng sadap tak? Maaf ye , terpaksa masak nasi goreng kerana busy.kenapa busy? Lepas tengahari aku beritahu.





Blend kering ikan bilis-ikut suka
Blend kering cili masak sebiji ngan cili api 4 biji



telur 2 biji
suku kobis cina hiris
1 biji bawang kuning-dihiris





Penting sekali, tumis bawang kuning sampai layu dan naik bau. Lepas tu masukkan cili ngan ikan bilis blend tadi.




Pecahkan telur 2 biji. Goreng telur sampai garing sedikit. Lepas tu masukkan kobis cina tadi.



Masukkan nasi yang dah digaul ngan sedikit garam. Kacau semua sampai sekata. Bubuh sedikit sos tiram ngan secubit perasa.



Nasi goreng yang sedap .



Senyum tapir : hadiah untuk kekasih gelap kat luar sana

ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yg tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
yg kucari slama ini dalam hidupku
dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
yg panjang dalam hidupku

repeat *

ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku
ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yg tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

kekasih gelapku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina