Monday, January 31, 2011

Bukan omangan kosong



Inilah dulu kampung Md Zain sekarang Taman Kem.


Tahun 70an hingga 80an, aku menghuni kawasan tanah haram yang femes gak dipanggil ngan setinggan. Sebelum jadi kawasan setinggan, tempat tu dipenuhi hutan belantara yang sederhana tebal. Masih segar dalam ingatan, masa arwah ayah tebas semak samun , lepas tu mendirikan sebuah rumah papan, berbumbung atap nipah yang mempunyai satu bilik bersama seorang kawan, dalam masa tak sampai sebulan. Itu je yang termampu buat masa tu.

Kawasan tu diberi nama kampung Md Zain, Port Klang. Jangan tanya aku, siapa Md Zain, aku pun tak kenal dan tak tahu kenapa nama dia ada termasuk dalam kampung tu. Kampung tu dihuni, kaum cina , India selain melayu. Dalam kampung ada ketua kampung yang digelar masa tu , tuk penghulu.

Bekalan air kat kampung tu, datang dari sebatang paip. Kalau nak ambik air kena ikut syif. Selalunya rumah kami kena syif malam,masa tu lah aku ngan arwah abang duk pulun tadah air sampai semua bekas kosong kat rumah habis. Kena guna getah paip yang panjang, nak menyampaikan ke batang paip yang letaknya lebih kurang 5 meter dari rumah(jangan ambik port, jauh kawasan adalah ingatan secara rambang). Itu belum masuk bab getah paip bocor atau pecah kat sana sini, jenuh aku ngan arwah nak melilit ngan tali rapia kat tempat tu.

Seperti biasalah, bila kampung di huni banyak kaum, batang paip pulak ada satu, adengan cakar mencakar, bertikam lidah, disertai ngan mencarut-carut dalam bahasa berbagai kaum, mesti ada. Setakat tu je, tak de lah sampai keluar senjata tajam. Bila dah bercakar, jumpa esok, kita masih boleh tersenyum, tak de lah sampai masam muka sampai mati dan jadi isu negara.

Lepas maghrib aku ngan arwah abang pergi tuisyen ilmu hisab kat rumah seorang perempuan India. Balik dari tuisyen, kami tak balik terus ke rumah, selalu singgah kedai Ah Seng , main tikam. Harap maaf ye, bukan tikam nombor ekor. Ini tikam papan kertas, rega 5 sen. Nasib badan ada untung dapat barang best.Kesian Ah Seng nak untung punya pasal, kena pandang sampah kertas tikam yang bersepah kat depan pintu kedai.

Sekolah aku dekat ngan rumah. Selalunya aku pergi jalan kaki bersama rombongan cik kiah ke sukan komanwel(kawan-kawan) bila ke sekolah. Kat sekolah pelajarnya terdiri dari berbagai kaum.Kalau kes gaduh ni, dah jadi mainan dibibir. Siapalah aku kalau tak bergaduh ngan Saravanan ngan V.Mainah. Time bergaduh selalunya waktu balik. Kalau tak cukup mulut, kaki tangan aku semua naik. Setakat seluar Saravanan, berkesan tapak kasut aku, dah perkara biasa. Mana tak aku angin, suka sangat nak ejek aku ngan malaikati belacan maksudnya melayu belacan. Aku pulak ejek dia, tak nak cakaplah, sekarang ni dorang sensitive, kang blog aku kena sita pulak. Bergaduh cam mana teruk pun, kita orang masih berkawan baik.

Waktu siang pulak selepas balik dari sekolah, tolong arwah mak kemas rumah, buat kerja sekolah apa yang patut. Petang cam biasa, time melompat sakan. Best sangat aktiviti petang hari. Selalunya aku main konda kondi, guli, rouders ngan anak cik Melah(bini pak imam). Lepas melompat sakan, tekak naik kering, apa lagi sambar ais kepal yang disimbah ngan sirap manis jualan cik melah kat depan rumah. Mulut cik Melah ni dulu memang puaka tebing biru sikit, syukur semenjak balik dari haji dia dah banyak berubah. Cik melah ngan keluarga aku jiran forever sampai sekarang.

Belum masuk bab perayaan kaum lain, lagi meriah. Aku pun turut rasa. Kunjung mengunjungi rumah jiran musim perayaan dah jadi agenda utama. Gotong royong bersihkan kawasan kampung salah satu agenda penting kat situ gak. Bukan nak cakap, kat situ memang banyak agenda yang baik-baik belakalah untuk mengeratkan hubungan kaum. Kampung Md Zain serupa ni tak de lagi, yang tinggal sekarang flat Taman Kem kebanyakan penghuninya pendatang asing.



Senyum tapir : Kehormanian, keserasian dan kejujuran itu kena datang secara semula jadi. Nampak, cangung , sumbang sana sini bila kerap sangat dilaungkan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina