Wednesday, April 6, 2011

30 minit

Salam hari rabu, dah lama tak bersiaran, sebab terlampau busy kat ofis. Biasalah pengurusan baru, cara bekerja semuanya serba baru. Semuanya nak cepat, cukup tempoh semua call mintak di segerakan. fed up. Dikesempatan time rehat ni, rasa nak update entry baru, tu yang gigih. Masa yang ada hanya 30 minit je.

Hari ni nak cerita pasal Firdaus yang teruja bila sebatang gigi dia tercabut . Gara -gara ada atuk sayang dia kasi gula-gula. Nak wat cam mana , atuk Jimy sayang dia lebih. Dia pun naik tocang. Bila gigi dah tercabut dia tak sabar nak ke sekolah, ada hati nak takutkan kawan ngan gigi yang dah rongak tu. Tak boleh belah. Aku usik "Ingat kawan Firdaus boleh takut ke,? kawan lain lagi banyak rongak, tak heran pun."

Petang semalam aku tanya "Firdaus, dah tunjuk ngan kawan ke, gigi Firdaus rongak." Lemah je dengar suara dia "dah tunjukkkkk, tapi kawan Firdaus tak nak tengok." Aku senyum "apa barang kawan Firdaus nak tengok, sebatang je yang rongak."




Firdaus sedang merenung masa depan.



Lihatlah doniya, gigi yang selama ini di beri perhatian penuh akhirnya tercabut .



Gigi , gigi, gigi.



Gambar malam tadi Firdaus tengah gigih menulis.



Suka tengok time Firdaus menulis, gigih je.


Kalau ada senang , petang nanti aku pergi melawat ke rumah korang ye. Masa kat opis, banyak URL , kena blocked itu yang tak boleh jelajah masa office hour. Semenjak dua menjak ni bila dah banyak kerja kat opis, sampai rumah nak bukak komputer pun mata dah tak larat, rasa nak terus tidur je.



Tarikh first gigi tercabut pada 2/4/2011, pagi masa tengah berus gigi.he he he
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina