Friday, April 15, 2011

cinta sampai mati

Salam hari Jumaat........................................semoga hidup korang dan family semua dilindungi oleh Allah SWT.


Cerita ni sebenarnya dah lama aku nak cerita, tapi belum ada kesempatan. Jadi hari ni adalah masa yang berkesempatan tu. Kisah ni pasal sorang kawan perempuan aku yang aku gelarkan dia sebagai S dalam cerita ni. Bukan aku tak nak letak nama penuh, cuma aku takut ada seseorang yang kenal S baca. Orang tu ada kena mengena ngan suami S.

Kisah ni sebuah kisah yang menyayat hati seorang isteri. S tu aku kenal pada tahun 1994 , bertemu dan kenal rapat masa aku bekerja sebagai pembantu makmal, di makmal kerajaan tempat tak payahlah aku nyatakan. Semasa aku bekerja di sana S pada masa tu kerani di makmal yang sama. Aku cepat mesra ngan S, sebab pekerja melayu yang lain, aku lihat tak berapa mesra . Kemesraan tu tak delah sampai aku dan dia berkongsi hal peribadi.

Aku cuma tahu S dah berkahwin dan punya 3 orang cahayamata. S tinggal kat flat berhampiran dengan tempat kerja. Sejak kenal ngan S, aku tak pernah nampak kelibat suami S, dan aku pun tak nak tanya pasal suami dia. Bila aku makan kat pantry, selalu gak aku dengar pekerja lain sok sek sok sek cite pasal suami s. Aku malas nak ambik port, cuma selalu aku dengar dorang kasihan ngan S sebab dapat suami panas baran.

Aku suka S, waima dia ada masalah kerja atau rumahtangga , muka dia tenang je seperti tak de apa yang berlaku. Lepas 3 tahun kemudian aku berhenti kerja atas sebab peribadi, tapi aku tak loss contact ngan dia, still caling calling.Dia seorang kawan yang sudi mendengar masalah kawan lain, tapi masalah dia sendiri tersimpan kemas. Semenjak berkawan sekali je aku ke rumah dia, itu pun sebab urusan kerja.

Bulan 10 atau 11 tahun lepas, aku tak ingat tarikh sebenar , aku ada call dia, tapi panggilan tu dijawab suami dia . Alangkah terkejutnya aku, bila suami dia beritahu S baru seminggu meninggal dunia, sebab ada ketumbuhan kat otak. Aku tak nak tanya lebih lanjut pada suami dia, sebab tak selesa sangat nak cakap ngan laki orang ni. Aku putuskan cari akak sulung dia esok di salon tempat dia bekerja. Aku pun kenal akak dia baru beberapa bulan, itu pun sebab beli barang kat salon tu.

Masa jumpa akak S, semua cerita S selama ni disimpan kemas terbongkar. Tak payahlah aku cerita kat sini, dia pun dah tak de. Cuma aku nak cite pasal wang KWSP S. Oleh kerana S lupa nak kasi penama , wang KWSP tu semua jatuh ke tangan suami dia. Masa anak perempuan sulung S nak kahwin, ayah dia pun nak kahwin gak. Duit KWSP S semua di bolot sorang sorang. Anak-anak tak dapat habuan. Dia berjoli ngan bini baru.


Oleh itu tak payah nak sedih-sedih baca cite ni, sapa isteri atau suami yang bekerja ada mencarum cepat pergi pejabat KWSP letak penama yang korang rasa layak. Kalau yang tak de KWSP, ada harta, sila buat wasiat segera, lainlah cam aku ni tak de harta. ekekek, kalau boleh utamakan anak-anak, biasalah laki ni kalau kita dah tak de,, hye hye bye bye . Kalau ada bini orang yang tak suka aku cakap cam ni, dia rasa suami dia the best sangat go ahead. Aku tak paksa pun korang nak ikut cakap aku. Cuma aku tak nak jadi kes cam kawan aku S, dia meninggal dunia, anak-anak terbiar cam tu, puncanya lupa nak letak penama.

Ingatlah kasih sayang anak sampai mati, kasih sayang suami atau isteri ntah ntah tak tahu, fikir fikir dan renunganlah. Bukan tak boleh nak menaruh kepercayaan pada suami atau isteri , tapi cukuplah sekadar 70% je, selebihnya berilah priority pada diri sendiri.


Lagu khas untuk suami atau isteri

dulu aku kau puja
dulu aku kau sayang
dulu aku sang juara
yang selalu engkau cinta
kini roda telah berputar

kini aku kau hina
kini aku kau buang
jauh dari hidupmu
kini aku sengsara
roda memang telah berputar

mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri

akulah sang mantan
akulah sang mantan

sakit teriris sepi
ketika cinta telah pergi

akulah sang mantan
akulah sang mantan

mana janji manismu
setia sampai aku mati
kini engkau pun pergi
saat ku jatuh dan sendiri

mana janji manismu
mencintaiku sampai mati
kini engkau pun pergi
saat ku terpuruk sendiri

akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan
akulah sang mantan

mana janji-janjimu






TA TI TU TA TI TU, cam biasa kalau suka cite ni angkat ibu jari tanda bagus. Jumpa lagi dilain rancangan bersama cik srijintan.ekekek





Pesanan akhir, nak minta tolong sikit, sedekahkan Alfatihah pada arwah semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang -orang yang beriman. Aminnnnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina