Thursday, April 14, 2011

semudah 1,2,3

Maaf tengahari ni tak de yang misteri.Misteri misteri yilek. Jom cerita pasal budak kecik yang berumur bawah 6 tahun contoh terdekat Firdaus.

Ada beberapa orang ibu (bukan persatuan ibu ye) kawan yang rapat gak bebel ngan aku kepenatan menjaga anak kecil mereka. Mungkin bagi dorang membebel tu boleh buat hilang penat kot. Aku dengar je. Kalau dah kerap bebel, mulut aku ni kekadang terlepas gak. Bagi aku dalam kehidupan ni menjaga anak paling kecil yang paling senang dari menjaga mereka dah dewasa cam anak dara dan bujang aku sekarang. Nasib baik dorang satu kepala ngan aku.

Jaga anak dewasa memang senang, tak payah suap makan, pakaikan baju , suap botol susu, pakaikan pampers, tak dengar dorang nangis , dan berbagai ragam yang menyesakkan fikiran, kalau itu yang dikategorikan senang, silap banyak tu. Melayan ragam anak yang dewasa lagi banyak cabaran, masa tu mental dan fizikal kena betul-betul kuat.

Ibu-ibu semua menjaga anak kecil senang je, cuma kita risau sikit kalau dorang jatuh sakit. Baby kalau dia dah kenyang dan selesa, mesti dia diam, masa tu korang boleh buat kerja rumah dan memasak. Jangan bagi alasan ada baby , kita tak boleh masak untuk family, kecuali memang tak nak masak tu, tak pat den nak nolongnya.

Jangan pening kepala atau risau,bila anak kecil kita buat sepah, biasalah tu budak-budak, cuma perhatikan dia jangan main benda yang merbahayakan keselamatan, sebab tu kalau boleh peralatan yang agak merbahaya , letak di tempat tinggi. Termasuk ubat-ubatan.

Dah lama tak membebel, sedap plak. Semalam pergi pasar malam ngan Firdaus, aku pegang tangan dia, korang tahu dia boleh cakap "mak, kenapa nak pegang tangan , ingat sini ada kereta ke?" sabau je lah.......

2 hari lepas dia tanya

Firdaus : cam mana Firdaus keluar dari perut mak?

Aku : pandang suami senyum, lepas tu suami yang explain, Firdaus tanya lagi..

Firdaus : Mak , lepas keluar dari perut , kaki ni ada tak?

Mak : kaki apa? mak tak pahamlah

Firdaus : kaki ni ada tak?

Mak : pening aku, kaki tu maksudnya APA?

Firdaus : Sambil menunjukkan aksi berjalan.

Mak : Tak boleh jalan, firdaus cam baby , selalu yang firdaus ajuk baby merangkak, cam tulah

dan dan tu dia pergi merangkak.

















Tak habis nasi tomato, kejar jagung plak. Masa nengok dia makan jagung tu heran gak, nampak serba tak kena cara dia makan. Bila ayah dia cakap pasal gigi , baru aku teringat , gigi bawah dia dua batang dah tak de , cian nampak susah je dia nak gigit isi jagung tu.

Dalam hati  ni selalu ingat yang firdaus ni boleh  jadik kecik sampai bila-bila. Kalau dia dah besar tak boleh nak  kacau -kacau  lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina