Tuesday, April 6, 2010

Tukar selera



Semalam satu keluarga tukar selera.Dah jemu, asyik makan nasi je.malas yang ye pun.Dulu selalu masak mee suah ni. MIL aku suka makan.Waktu cuaca panas syok makan mee ni.Satu bungkus , kalau tak silap aku 80 sen.




Semalam aku masak 2 bungkus.





bawang putih ngan bawang merah dihiris.telur 2 biji.




ikan bilis.



sayur bayam di siang dan cuci.



tumis bawang tadi sampai naik bau.





masukkkan ikan bilis.



ketepikan bawang ngan ikan bilis yang dah garing.pecahkan telur disebelah.




bila telur dah garing, masukkan air.Air biar banyak, nanti kuahnya cepat pekat kalau kurang air.



letakkan garam, jangan letak garam banyak sangat .kadang -kadang mee suah ni dah masin.kalau kuah tawar kemudian baru letak garam lagi.



kuah dah mendidih masukkan sayur bayam tadi.



terus masukkan mee suah tadi. kalau boleh rungkaikan mee suah.




kacau-kacaukan mee suah supaya tak melekat.Rasa kuahnya, kalau kurang garam, letak garam.Dah boleh terus angkat.




Okey ni Firdaus punya peberet.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina