Lapisan bawah, air daun pandan dimasak ngan gula dan tepung jagung sedikit.adunan jgn terlalu pekat.Lebihkan gula.
Tepung pelita kuih tradisi yang arwah mak suka buat.arwah mak aku dulu berniaga dipasar ramadhan pada bulan puasa.Tapi masa arwah mak berniaga kuih, semua masih dibuat cara tradisional.contohnya tepung pelita.Tepung pelita sekarang , aku tengok kebanyakan dorang buat tak dikukus.Dorang dah masak adunan tu, dorang terus tuang dalam kelongsong daun pisang tu.Kalau korang tengok, yang kebanyakan Tepung pelita dorang jual kat pasar malam tu, daun pisangnya masih nampak hijau.
Curahkan adunan kedalam kelongsong daun pisang.Biarkan sejuk.
Lapisan atas, tepung beras ngan santan dan garam disatukan.Bancuhan jangan terlalu pekat.kacau perlahan mengunakan api sederhana.
Selepas tu tuang diatas lapisan daun pandan tadi.
Barulah dikukus selama 10 minit.
kalau nak makan lebih sedap, masukkan kedalam peti sejuk.
kat bawah ni tutorial buat kelonsong daun pisang tu.siapa yang tak tahu boleh cuba.