seri muka air tangan sendiri
Hari ini semua paten my mom punya resepi ye.korang tahukan paten aku cam mana, merapu tak tentu pasal.semalam aku buat seri muka semestinya my mom recipe.
Semestinya mengunakan daun pandan segar dari hutan (kawang kwang).blender daun pandan nak dapat jus. kalau blender korang pedas sebab selalau mesin cili.senang je petuanya, korang blenderkan setengah biji timun dulu.lepas tu baru gunakan blender barang lain. telur sebiji.
santan yang diperah.
tepung gandum ngan tepung ubi. tepung gandum lebih banyak dari tepung ubi (100 grams) gaulkan ngan garam sikit.
semua bahan campurkan sekali bersama gula.Setelah dikacau rata, tapiskan adunan tadi dengan penapis santan, supaya adunan sekata.
rendam beras pulut selama 2 jam supaya beras pulut senang masak
beras pulut dimasak, kemudian dikukus. semasa memampatkan pulut , gaul sedikit ngan air bancuhan tepung ubi.Supaya bila masak pulut kelihatan cantik.
setelah pulut masak tuangkan adunan berwarna hijau pandan tadi diatas pulut
kukus hingga masak.