Monday, April 12, 2010

Teringat gulai ayam mak



Semalam teringat pulak gulai ayam emak. Ini bukan kari, tapi mengunakan rempah ratus.ketumbar kena sangrai. sangrai maksudnya goreng tanpa minyak.



jintan manis ngan jintan putih pun disangrai.




kedua-dua rempah yang disangrai termasuk lada hitam dimesin kering.





Tumis kayu manis , bunga lawang ngan buah pelaga.




tumis bahan bawang putih, merah, serai, kunyit hidup , halia ngan lengkuas yang dah dimesin.




tumis rempah yang dimesin kering tadi.




Bila rempah dah naik bau, baru masukkan cili kering yang dah dimesin.




masukkan ayam bersama tomato. ikut suka, kalau tak nak taruh tomato, boleh letakkan perahan air asam jawa sedikit.bubuh garam dan gula sedikit.




Gaulkan ayam sehingga separuh masak.Selepas tu masukkan santan. terpulang pada selera masing-masing, kalau nak kuah banyak, letakkan santan banyak.




Biar sampai betul-betul masak, baru boleh diangkat .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina