1) korang rendam cendawan shitake dulu.
Rasanya dah 2 atau 3 tahun tak masak nasi claypot ni.tanya kawan cina sikit, resepi dia balik.itu yang gigih masak malam tadi.
2) perap ayam ngan jus halia ngan jus bawang merah kecil.lepas tu letak sos tiram.perap selama lebih kurang 30 minit.
bawang merah ngan halia untuk perah jus.
ni hasilnya .sila tumbuk untuk dapat kan jus. jgn tambah air masa menumbuk.
ikan masin jeruk dipotong kecil-kecil kemudian digoreng.(daripada ikan tengiri jeruk)
basuh beras dan tuskan dulu.
cendawan shitake potong ikut suka, digoreng bersama hirisan halia ngan bawang merah kecil.goreng sampai naik bau.
masukkan beras yang ditus tadi.gaulkan sama rata sekejap.
okey , masukkan semua yang diatas kedalam rice cooker.kemudia masukkan ayam yang diperap bersama ikan masin tadi. masakan ini lagi sedap kalau dimasak dalam claypot(periuk tanah) memandangkan periuk tanah aku dah pecah, aku masak dalam rice cooker.khe khe.
masukkan air mcm biasa kalau kita nak memasak nasi.masukkan kicap pekat ikut suka.garam jangan lupa.
nasi claypot aku dah siap.
seperti biasa model mantopp aku tengah menunjukkan aksi aksi kelaparan.