Friday, April 9, 2010

resepi mak



Sebelum ni aku tunjuk korang buat pau ngan donut aku guna yis kering, tapi sekarang aku tukar kepada yis basah. Sebenarnya arwah mak dulu selalu gunakan yis ni. oleh kerana aku dah lupa, lepas tu susah nak dapat, aku guna yis kering. Dengan guna yis basah, pau ngan donut jadik lebih ngetop.ngetop dalam bahasa rock, bahasa skema jadik lebih gebu.okey aku cerita pasal hari rabu ngan khamis punya menu, guna yis basah.

Pau sardin



sardin tin cap apa-apa. janji ada logo kat bawah ni.korang rasa sardin cap cinta ada halal tak?


halal Thailand tak boleh tau,kwang kwang.




cili mesin





bawang besar banyak dihiris.





air asam jawa.





cili mesin tumis sampai naik bau.





dah naik minyak masukkan air asam jawa.





masukkan ikan sardin.kalau boleh masukkan sosnya sikit saje.nanti susah nak isi inti dalam pau nanti, kalau terlalu banyak sos.





masukkan bawang, ngan garam sekali.




masukkan gula sikit je, nanti terlalu manis pulak.buat syarat je supaya tak pedas sangat.




inti dah siap.




Tepung gandum, shortening, garam.bancuhan air gula sedikit




Yis basah dibancuh ngan air.



Tengok aku uli doh, tangan cam lipaskan.kena uli kuat sikit.jangan alah-alah manja.
kalau doh keras, tambah air sikit-sikit.



lepas tu rehatkan doh selama 20 minit, kalau boleh tutup ngan plastik cam ni.




sebelum rehat





selepas 20 minit

Dah rehat mesti kembangkan.




lepas tu masukkan inti sardin tadi.rehatkan lagi 20 minit, lepas tu kukus selama 15 minit.didihkan air dulu sebelum mengukus.





Dengan yis basah donut aku bertambah ngetop(gebu).









gunakan gula castor.




Biar donut sejuk dulu baru taburkan gula.




hasil usaha berbaloi-baloi.


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina