Wednesday, June 2, 2010

Labu kuning goreng rempah

Labu kuning tu besar, memandangkan dalam rumah tak ramai, jadi labu tu boleh masak 3 kali. Mula-mula hari tu dah masak lemak ngan daun salam.Ni aku masak labu kuning goreng rempah pulak.



1) udang kering tumbuk
2)bawang putih 2 ulas, bawang merah 3 ulas ditumbuk
3)1 sudu rempah kari



labu kuning dikopek kulit dan dipotong sederhana besar.




Tumis bahan tumbuk sampai naik bau.Kemudian masukkan labu kuning bersama ngan rempah kari.bubuh air sampai menutupi labu kuning.masak sampai labu kuning empuk.labu kuning dah empuk, bubuh garam ngan gula sedikit.




Labu kuning goreng berempah yang dah siap untuk dimakan bersama ngan nasi panas dan ikan masin goreng.

ingat pesanan penting : makan berpada-pada.makan masa lapar, berhenti sebelum kenyang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina