Wednesday, July 21, 2010

Nasi goreng kampung

Nasi goreng kampung memang jadik peberet aku ngan family.Bisalah masa dulukan susah, jadik nasi goreng jadik alternative nak melapik perut.Pagi-pagi lagi dah kedegung kedekang, bunyi lesung batu.tapi kalau yang duduk flat atau rumah yang bertingkat , tolonglah lapik lesung batu ngan kain tebal.tak delah bunyi bising .Nasi goreng kampung selalunya simple je resepinya, ada ikan bilis, cili kering atau cili api, (bagi yang sukakan kepedasan melampau) ngan bawang merah kecik.kalau nak yang lebih asli , kalau masak nasi goreng kampung , semua bahan ditumbuk ngan lesung batu.




1)ikan bilis tumbuk (basuh dan tumbuk)
2)6 tangkai cili kering ditumbuk(nak senang tumbuk , rendam cili kering yang dah potong ngan air panas)
3)4 biji ulas bawang merah ngan 3 ulas bawang putih ditumbuk.





Biasalah nasi sejuk ,jangan nasi basi pulak.Gaul nasi ngan sedikit garam.




Tumis bawang tumbuk sampai naik bau .kemudian tumis cili kering tadi.perlahan api, supaya cili tak hangit.Masukkan ikan bilis.Bila semuanya dah nampak pecah minyak masukkan nasi



Bila semuanya dah nampak pecah minyak masukkan nasi.Kacau sampai cili ngan nasi sekata.last sekali bubuh kicap cair ngan secubit perasa.




Nasi goreng ni, ku buat untuk makan malam hari tu, sebab petang selalunya kesuntukan masa nak masak benda yang berat.Almaklumlah ibu bekerja.





Makan ngan 3 biji telur goreng .


PILIHAN KORANG NASI GORNG KAMPUNG, CINA, USA , PAPRIK ATAU ADA LAGI NASI GORENG YANG AKU TAK TAHU.KALAU TAHU BERITAHU YE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina