Wednesday, November 17, 2010

Buntil

Assalamulaikum WBT , kepada semua pembaca-pembaca di luar sana semoga gembira selalu di mana saja berada.


Buntil ni, selalu aku bawa ke pasar dan pasaraya. Had muatan 5kg sekali perjalanan. Buntil ni tahan lasak dan kalis air. Senanglah untuk orang yang menaiki motorsikal cam aku. Buntil ni, boleh dibasuh dan tahan gegaran. Jangan disalah gunakan untuk merampok pulak.Salah disisi undang-undang.


Dalam buntil ni ada ayam, fishball, bermacam-macam jenis sayur ngan mee kuning.



Juadah pagi Raya Aidiladha ni, goreng mee bersama isi ayam ngan fishball.

1) 6 tangkai cili kering dengan 6 ulas bawang putih dimesin.
2) fishball satu bungkus kecil dibelah dua.
3) dada ayam dihiris-hiris.



2 bungkus mee kuning , dibasuh ngan air dan dituskan



Tumis cili mesin sampai naik bau.



Bubuh isi ayam ngan fishball. Masak sehingga separuh masak.Kemudian bubuh sawi bersama mee kuning . Bubuh kicap kipas udang ngan kicap cair (sebagai penganti garam). Bubuh 1/2 sudu lada hitam. Kacau sehingga mee masak sepenuhnya. Kemudian bubuh secubit perasa.Last sekali masukkan taugeh, goreng hingga separuh masak,kemudian bolehlah diangkat dan dihidang.




Anak aku yang tengah benggang, aku tak bubuh kulit ayam dalam mee goreng.Dia ni peminat tegar kulit ayam..


Senyum tapir : Dah lama tak masak ketupat, kuah kacang ngan rendang ayam masa Hari Raya Aidiladha, semenjak arwak mak dah tak de.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina