Thursday, January 20, 2011

JJCM



Amboi, semalam aku tak tahu angin apa dah masuk dalam badan aku ni, rajin bebenor. Korang tengok petang je, 4 hidangan, aku sediakan untuk menu makan malam. Memanglah isteri mithalikan. hu hu hu




Kalau hangpa tak percaya, tengok sini, sekali masak dua lauk satu kali. Hangpa ada. terror kah tak terror.




Mabeleskan, masak kari ikan tenggiri ni, kalau makan pasti sedap sampai menjilat siku. Hangpa basuh tangan sampai esok pun ada bau kari dia.



Kalau tak caya, hangpa tengok firdaus makan , sampai tutup mata jilat jari, tu pekena kari ikan tenggiri.


Hari ni semua cuti Thaipusam kan. Ada yang pergi Batu caves kah? Seumur hidup, tak pernah lagi aku, jejak kaki kat Batu Caves tu.



Senyum tapir : Aku saja kasi pedajal kat korang, lauk tu semua suami aku beli kat Restoran AK Din, kecuali sambal udang(balance hari tu). Kari ikan kat situ memang mabeles. Gambar kat atas tu, aku tengah kasi perangat. Jangan marah nohhh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina