Monday, February 13, 2012

hari tekanan semalaya

Kalau rasa diri tu tak suka bekerja, lebih baik berhenti, duduk je kat rumah goyang kaki. Apalah guna bekerja , kalau keja yang dibuat tu semuanya sampah, ye dak. Hari ni aku tersangat sangalah tension ngan sorang budak lelaki ni, dah lah buat keja salah, cuti plak, terbaek sekali dia sms kawan dia suruh bagitau aku. Kasihan budak tak bersalah plak kena marah ngan aku . Habis cam mana, tak dapat marah orang yg bersalah , marah orang yang bagitau pun jadilah, lega sikit.

Dari dulu kini dan selama-lamanya bab keja aku tak suka ambik mudah, buat keja salah sekali dua tu kira okey lagi, kalau dah setiap kali ko buat keja setiap kali tu salah cam mana . Hari ni bukan aku je yang tertekan ngan budak lelaki tu, sorang kawan aku tu pun tertekan sama. Susahlah bekerja ngan orang yang hanya tahu setiap hujung bulan tekan mesin ATM bank ambik gaji, tak de tanggungjawab keja langsung.

Aku ni kalau bab keja memang tip top, boss aku sendiri yang cakap : ) ayat bodek-bodek tu biasalah.

kak limah lebih baik ko buang tablet ko, kalau dah tak tahu nak update blog.ini serius, aku tertekan ngan orang lain ngan ko sekali kena tempias............. jiwa tertekan ngan lambang $ apa kena mengenanya ? Hari ni budak budak S & V & F tak boleh lalu lalang kat sini, kang sia-sia kena maki kaw kaw. Esok dah lah juruaudit dalaman datang , lagilah tekanan, sana sini tekanan.

Harap sangatlah deejay radio kurangkan sikit putar lagu ombak rindu tu, bak kata suami aku , lagu tu buat otak tak berkembang. kak limah tolong buang caller ring tone ko tu , lemah tau , setiap kali call ko "tuhan tolong lembutkan hati dia".

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina