Friday, February 10, 2012

mak tiri izzah nak sambut valentine day niiii

Harus suami cop aku kurang sihat,bila tiba-tiba je aku nak buat candle light dinner sempena valentine day ni. Wish happy valentine day pun dia dah meremang bulu roma, dia ni tak boleh lah nak tengok aku romantis sikit. Kali pertama dan terakhir aku dapat hadiah valentine day masa umur 17 tahun, masa tu badan aku cam izzah ombak rindu lagi, cuba sekarang badan aku dah cam mak tiri izzah , rasanya dia nak bagi hadiah lagi tak? entah -entah bukan je tak nak bagi  hadiah , jumpa aku pun buat-buat kona tempat lain .kah kah kah

Aku pernahlah suruh suami aku romantis sikit cam hariz ombak rindu tu, dia bukannya nak dengar , marah adalah, siap sound lagi "awak ingat awak tu romantis sangat ke". kuang ajarkan.Aku pun satu, bila dia nak belajar bergurau dan beromantis, aku suruh dia main jauh-jauh, salah aku jugakkan. "dah tahu saya tak romantis cam orang lain, kenapa nak kahwin ngan saya" bila statement tu dah keluar dari mulut dia, aku pun  terus diam, dalam hati  aku "betul gak aku yang pilih orang cam tu, kenalah terima dia seadanya".Terasa aku seperti dipukul dan ditendang curi, tak pun dilanggar lari. ambik ko sebijik.


Ah menciklah, ingat nak buat steak sempena valentine day ni , oleh kerana suami aku tak nak layan keromantisan aku, nampaknya aku buat nasi goreng cendawan makan ngan ikan goreng jelah, hambik ko.



Bahan-bahan untuk membuat nasi goreng cendawan

1)dua pack cendawan tiram-cuci berseh kemudian siat kecik-kecik
2)4 biji cili besar kisar kering
3)sebiji bawang holland -dihiris
4)segengam udang kering dicuci kemudian dikisar kering -rencah ikut citarasa korang ye.
5)sedikit sos tiram ngan kicap cair sebagai penambah rasa.



cara-cara membuat nasi goreng cendawan


1)tumis bawang besar hiris hingga layu dan naik bau
2)tumis cili kisar hingga pecah minyak
3)masukkan udang kering kisar, biar hingga naik bau
4) masukkan sos tiram diikuti ngan cendawan tiram
5)Masukkan nasi sejuk , kacau sekata
6)buh kicap cair sebagai penganti garam
7)Kuatkan api, kacau nasi goreng hingga naik bau.
8)tutup api, angkat sedia dihidang.



ikan jenahak atau ikan apa -apa pun boleh, gaul ngan sos waterchair(ejaan ikut mana senang nak sebut) kemudian digaul ngan mayonis . lepas mengaulkan ngan mayonis, gaulkan plak ikan tadi ngan sedikit tepung jagung




Wajah terbaru Firdaus, ni petang semalam lepas balik sekolah, masa aku bawak dia pegi pasar malam.


ke mana kita valentine day ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina