Monday, February 6, 2012

Dapatlah aku berjima-jimba ngan "Runtuhnya Sebuah Dosa"

Dah lama aku tak menonton drama melayu kat tv, jangan haraplah dapat nengok bila suami aku ada, dia suka layan cite omputih je , remote control semedang kat tangan dia. Drama melayu pun tengok gak drama macam mana , kalau dah jalan citenya meleret-leret ngan babak yang membosankan,alamatnya baik aku membuta.Pelakon kat Malaysia ni yang aku minat boleh kira ngan jari, yang pasti bukan Aron Aziz, korang nak tahu tak pelakon yang aku minat, kalau korang tak nak tau, aku nak jugak bagi tau, kah kah kah

1)Arwah Mustapha Noor
2)Khalid Salleh
3)Khir rahman
4)Sofi Jikan
5)Elly Suriati
6)Mislina Mustaffa
7)Fatimah abu bakar-mak sharifah amani
8)Eman manan
9)Joey-suami watie elite
10)Hasnul Rahmat

banyak lagi dan lagiiiii, kalau aku sebut pun korang bukan kenal sangat.kah kah kah kah

Malam tadi kebetulan suami tak de , dapatlah aku layan drama kat tv 3 "Runtuhnya sebuah dosa" dari jalan cite aku dah dapat agak pengarahnya, pagi tadi saja duk google drama tu , sah lah pengarahnya Erma Fatima seperti yang aku ramalkan. Sinopsis ; manusia terlalu pentingkan dunia , bila ditimpa musibah baru nak taubat  klise sangat, aku puji jalan ceritanya ringkas dan padat , tak meleret-leret dengan babak yang membosankan. Orang kat luar sana yang minat ngan erma fatimah tu janganlah marah ngan statement ni ye ,aku pun minat jugak ngan Erma Fatima  sebab tu aku mengharap lebih dari dia, kalau boleh aku nak dia buat drama atau filem yang jalan ceritanya diluar jangkaan aku : )




Entah kenapa ngan Firdaus ni, semua makanan tu dia makan tapi tak berapa selera macam dia makan nasi. Dalam otak dia tu ingat nasi, nasi, susah nak alihkan selera dia ke makanan lain, mungkin sebab dari baby dia kerap makan nasi kot. Dia memanglah tak tolak aku bagi makanan lain, tapi lihat dari reaksi muka dan tindak tanduk dia, aku taulah dia tak berapa suka.



Sebenarnya suami aku tak dapat ikan sebab tali pancing dia putus, ikan jenahak ni kawan dia yang dapat , dia bagi suami separuh.Alhamdulillah rezeki , ada je. Tengok kepala pun dah dapat agak besar mana  ikan tu . Firdaus senyum dalam keterpaksaan.kah kah kah


Nak masak apalah nanti ikan ni, dah selalu masak pening plak. Entah kenapalah dengan aku ni time cuti macam ni malas nak masak, bila dah keja , masa suntuk , sibuk plak nak masak. Aku manusia , manusiakan bermacam-macam ragam : (






~~SELAMAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERSAYANG~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina