Tuesday, February 7, 2012

Rancangan buat cookies tergendala sebentar

Petang tadi pegi pasaraya ngan firduas , beli barang untuk buat choc chip, boleh plak lupa beli telur,punah segala rancangan nak membaking choc chip hari ni. Klise sangatkan alasan tu, boleh je beli telur kat kedai area rumah aku ni, tapi biasalah bila kemalasan dah menguasai akal cam tu lah jadinya. Sabaukan diri sendiri, simpan rancangan membaking choc chip untuk minggu depan ye.

jom layan cite terlatest

Muka tak bersalah

Aku seronok tengok Firdaus melayan aci yang duk hujung tu bersembang. Nak tergelak pun ada bila dengar Firdaus bagi tau aci tu ,kononnya aku tak keja dia yang suruh cuti. Aku tak salah kan Firdaus , dalam hal ni aku yang bersalah, mana taknya dalam dua hari aku asyik ugut dia, aku akan pegi keja kalau dia buat nakal. Kasihan ,dalam dua hari ni dia baik sangat. Bila difikir balik rasa bersalah plak buat dia cam tu , lagi lah dua hari ni memang cuti pun : ) aku tobat, ya ampun.

Apa-apa hal pun kena isi perut Firdaus dulu, lepas tu barulah boleh membeli belah, aku beli barang untuk buat choc chip je. Gian plak nak membaking, semenjak Firdaus sekolah ni tak pernah membaking sibuk duk melayan aktiviti sekolah dia .



Firdaus tak puas hati dengan dua- tiga orang perempuan yang ketawakan dia masa kat tempat ambik troli. Dia syak perempuan-perempuan tu ejek dia gemuk. sabau je kecik lagi dah pandai syak wasangka ngan orang, nak kena lepuk budak ni.

Baking scrapper aku dah jahanam, mana tak jahanam dah bertahun dah sampai kena tukar baru. Kat pasaraya tadi banyak baking aksesori dari china yang murah-murah jugak, entah kenapa aku memang tak berapa berkenan sangat produk dari negara tu, selalunya untuk baking aksesori aku beli produk fackelmann,quality okey harga pun berpatutan.


Alamatnya rancangan membaking choc chip akan tertunda minggu depanlah nampaknya. Nak buat cam mana dah tak de rezeki aku nak membaking hari ni, redho je lah : ) Dah lama tak membaking rasa gian plak , bertambah lagi gian bila menjengah ke blog yang kejanya membaking je. Harap-harap minggu depan terlaksalah impian aku nak membaking choc chip, InsyaAllah


Esok mula bekerja, mood malas pun boleh tahan besarnya, kasihan ngan firdaus pun ada, cam tu lah perasaan ibu yang bekerja setiap kali lepas bercuti panjang, fizikal ngan mental kena sentiasa mantop. Jumpa lagi esok ye, InsyaAllah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina