Sunday, October 7, 2012

Petang sabtu aku ; The Curve ; Yang I-Deun ; buat Firdaus tak berganjak dari tempat dia berdiri

First time aku mendengar Yang  I-Deun  bermain piano secara live aku yang tak berapa minat ngan muzik ni pun boleh "arghhh bestnya penuh emosi dan penuh penghayatan ,"aku kata dalam hati ,  berat hati aku nak meninggalkan Yang I-Deun apatah lagi  orang yang berminat ngan muzik macam Firdaus  lagilah liat nak berganjak dari tempat dia berdiri. *terbakar suami aku kalau dia terbaca statement aku ni*

Sebenarnya tujuan utama aku ke The Curve adalah untuk membelikan minuman untuk Firdaus tapi bila terdengar bunyi piano dimainkan oleh Yang I-Deun  Firdaus jadi  tak tentu arah dia terus hilang dahaga .Bila aku ajak dia pergi beli minuman  "mak tunggu satu lagu lagi boleh tak? dan begitulah jawapan dia seterus dan seterusnya  bila aku tarik tangan Firdaus untuk pergi dari situ. Hebatkan penangan Yang I-Deun kepada Firdaus.

Firdaus yang berkemeja putih berbelang biru sedang leka mendengar bunyi piano : )

 Yang I Deun mix Korean and Portuguese

Penuh emosi dan penuh penghayatan






Hadiah untuk  yang sudi berkunjung ke sini.



Okeylah cukup sampai di sini, mak ada keja yang perlu dibereskan.jumpa lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina