Monday, June 14, 2010

Sambal udang



1) bawang besar bombay 1 labu dihirs nipis- nipis
2) sedikit bancuhan air asam jawa
3)20 tangkai cili kering dimesin ngan 4 ulas bawang merah kecil.

Sedap dibuat pencicah ubi kayu goreng tadi, atau lauk makan tengahari.dua-dua boleh layan.




Udang dikopek kulit dibersihkan.Jangan lupa kalau yang ada urat kat belakang tu tolong buang, nanti takdelah hanyir.Udang ni tak sampai 1/2 kilo lebih kurang 400 grams.udang sekarang mahalnya.sekilo dah dekat RM14.ayam pun mahal.kena bela ayam sendirilah nampaknya.Ari tu kawan aku naik teksi, apek teksi tu pun mengeluh babi dah naik sekilo RM2. ye ke ke .harga babi pun aku tak tahu berapa sekilo.kwang kwang kwang





Tumis cili mesin tadi sampai naik bau.Lepas tu masukkan air asam jawa.Biar cili betul-betul masak, lepas tu, baru masukkan udang.bubuh garam ngan gula secukup rasa.last sekali baru masukkan bawang besar hiris.





sambal udang sedap makan ngan nasi panas/nasi lemak bersama ikan masin atau ikan kembung goreng.boleh gitu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina