Thursday, September 20, 2012

Malam Selasa dan malam rabu aku ; cerita secara konvoi dan rempit

 Malam selasa

Petang selasa aku tak masak untuk makan malam, aku  suruh suami aku beli  mee sup kat  kedai berahim. Di  Port Klang ni mee kedai berahim   femes  entah kenapa ianya femes aku kurang pasti plak.Apa yang aku tahu aku memang teruja ngan  mee atau bihun.
Firdaus memang teruja ngan makanan yang bersup

Malam rabu
 Aku bukan nak tunjuk hirisan cili api tu,  aku cuma nak bagitahu yang mengasah pisau adalah salah satu daripada  hobi suami aku  selain dari mengumpul pisau dan parang*seramkan*.
 Entah siapalah yang baik hati nak pulangkan  buah mangga aku yang jatuh ke tanah ni. Jika orang yang baik hati tu  tak pulangkannya kat rumah aku dah tentu tentu malam tadi aku tak payah nak bertungkus lumus  mengupas  mangga  untuk suami aku*isteri derhaka*
 Suami aku ni mengalahkan orang  pregnant
 Bila melihat  hirisan mangga ni otomatik bulu roma aku meremang
 Petang semalam  aku tak  masak untuk makan malam, aku main tunjuk tunjuk kat pasar malam. Aku beli nasi ambeng ngan nasi tomato . Nasi ambeng ni best di dalamnya mengandungi  lauk pauk secara pukal.ha ha ha
 Murtabak wajib beli
 Popia pun wajib beli
 Firdaus memberi perhatian kepada nasi tomato
Aku lebih teruja ngan char kueh teow



Kata cerita konvoi dan rempit haruslah  secara pukal dan laju  ye dak. bye bye bye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina