Monday, May 31, 2010

Daun salam - part 1

Hari tu kan aku ada tunjuk daun salam kat sini , hari ni jugak aku tunjuk cara nak gunakan daun salam dalam masakan.Daun salam ni , selain menyedapkan masakan, dia ada khasiat tersendiri.

Khasiat Daun Salam

1)cirit birit
2)kencing manis
3)mabuk akibat alkohol
4)kudis gatal
5)kurang kadar kolestrol

Kalau nak lebih jelas info tentang daun salam, boleh rujuk internet.




A)dimesin
1)bawang putih 3 ulas
2)bawang merah 5 ulas
3)lengkuas 1 inci
4)halia 1/2 inci
5)serai 6 batang
6)kunyit hidup -1/2 inci

B)dimesin
1)cili kering-15 tangkai

1)santan
2) air asam jawa atau asam keping
3)5 helai daun salam yang dah cukup kering

SEMUA RAMUAN BERGANTUNG KEPADA BANYAKNYA AYAM.




Ayam yang sudah digaram kunyit.




tumis bahan A sampai naik bau.lepas tu masuk bahan B ,masak sampai pecah minyak.




Bila semua dah pecah minyak masukkan ayam.Bila ayam dah kecut, boleh masukkan santan.sebenarnya kena letak kerisek, lagi sedap.memandangkan kerisek tak ada, aku lenjan je.okey gak , janji rempah basah semua cukup.Bila rendang dah separuh masak, masukkan air asam jawa atau asam keping.bubuh gula ngan garam .Rasa kena ikut citarasa sendiri.lepas tu baru masukkan daun salam.




Rendang ayam ngan daun salam dah siap untuk dimakan.

Muffin coklat pisang ngan coklat chip

Semalam punya projek, ada pisang 5 ,6 ketul tu, sayang nak buang.jadilah muffin coklat pisang ngan chip coklat.



1) tepung gandum 200 gram diayak ngan serbuk koko 50
grams, 1/2 teaspoon soda bicarbonate ngan 1 teaspoon baking powder.
2)pisang diramas sahaja
3)gula 120grams



1)telur 2 biji
2)essen banana 1 atau 2 titis
3)fresh milk(50ml)tak letak pun tak apa.
4) butter 150grams



chip coklat untuk tabur kat atas muffin.




cam biasalah pukul butter ngan gula sampai kembang.malas punya pasal nak pakai mesin pemutar, sebab malas nak basuh selepas guna.sanggup kacau pakai sudip kayu, boleh gitu.kalau korang nak exercise, bolehlah.cam aku, nak kecikkan lengan cam betis gajah ni kan.khe khe.Dah kembang masukkan telur sebijik demi sebijik, sambil memutar ngan sudip kayu.Dah kembang masukkan fresh milk sedikit demi sedikit, sambil memukul lagi.Dah nampak gebu dan tak ada air, masukkan tepung sedkit demi sedikit sampai habis.last sekali baru masukkan pisang.kacau sekejap sahaja.




chip coklat untuk tabur kat atas muffin.



sendukkan kedalam acuan, lepas tu taburkan chip coklat.ikut suka banyak mana nak tabur.simontel tabur banyak.bakar dalam suhu 190 darjah celcius dalam 20 minit.tengok ovenlah, kalau oven buruk cam aku . ambik masa lama sikit.




cam mana ? muffin coklat pisang aku okey tak?


Last sekali teka. tangan siapakah itu?, tengah mengopek chip coklat..khe khe khe

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V




Ikan goreng ngan Halia



1)daun bawang kerat-kerat,
2)sos lada hitam
3)sos tiram
4)halia tua potong besar dan nipis.

Dah 3 hari tak update blog.busy sangat.Kat sini aku nak minta maaf cara terbuka ngan Angelina , sebab tak dapat ajak dia datang rumah, sebab aku busy. maafkan akak ye.nanti calling dulu ye, kebetulan dia pergi sg kandis, rumah kawan suami dia.Dia bukan nak datang rumah aku, tapi bila dia call , macam tak sedap hati je.maaf ye.Hari Jumaat, masak laut peberet simontel tu, ikan goreng halia.simontel ni kalau makan kat food court , mesti minta lauk ni.




1)ikan ambil isi sahaja, dan potong kecik-kecik(gaul ngan kicap cair)
2) tepung jagung untuk salutan.

cara mengoreng

celup seketul isi ikan dalam tepung, lepas tu goreng, buat cara yang sama hingga selesai.




Ini dia isi ikan yang dah siap digoreng.



Aku tunjukkan part yang penting je.Mesti goreng halia sampai naik bau , dengan mengunakan api yang perlahan.lepas halia dah naik bau masukkan kedua-dua sos tadi.kacau-kacau, letak air sedikit.terpulang, kalau nak kuah banyak , boleh letak air lebih.lepas tu terus masukkan ikan ngan daun bawang.kacau lagi, dan boleh terus angkat.




inilah dia ikan goreng ngan halia.




simontel makan ikan goreng halia ngan nasi goreng.

Thursday, May 27, 2010

Tag ni untuk kaum hawa je..........(tertutup untuk kaum Adam)



Syampoo yang menjadi pilihan sekarang







biasalah untuk wanita.produk ni serasi pada aku.




Talkum berubat pilihan.




deadorant avon (pur blanca) dan sanex.




Talkum pilihan.




lulur badan pilihan sumber ayu. .kalau kekeringan , aku sental ngan garam je.kwang kwang




pencuci muka dan scrub muka (sukahati mak bapak je, ada ke orang pakai cam tu.pakai hentam keromo).




losyen kaki bagi mengelakkan tapak kaki pecah.




gel keintiman.

Hari wesak day ni , aku ingin hadiahkan tag special pada korang.memang aku keji, jarang nak buat tag yang korang bagi.sampai ada yang ,merajuk, tapi please , jangan tak buat.kalau korang buat aku sayang korang semua, yang perempuan je.muahhhhhhh

Tag ni aku serahkan pada beberapa rakan blogger yang cun dan cute semua :

1)Angelina Jolie
10)anakku (tolong buat tag ni-jgn tunggu sampai sebulan, sepertimana ko update blog ko)
Kalau korang suka boleh bagi tag ni kat sesapa.
SELAMAT CUTI WESAK DAY.




Kincam

JAWAPAN BAGI POST YANG TADI : DAUN SALAM




Yang atas sekali tu kincam, basuh dan simpulkan, suhun yang dah direndam, fucuk kering direndam, bawang putih hiris , udang kering tumbuk dan kicap cair.

korang pernah masak kincam tak?Kincam ni selalu dorang masak campur fucuk kering ngan suhun.selalunya aku masak benda ni ngan isi ayam, malam tadi aku cuba masak ngan udang kering pulak




kobis basuh dan tuskan air.



tumis bawang putih ngan udang kering sampai naik bau.




lepas tu masukkan fucuk kering ngan kincam.kacau-kacau, masukkan pulak kobis tadi.last sekali masukkan suhun ngan kicap cair.Jangan letak garam, sebab kicap cair penganti garam.




Dah siap kobis goreng bersama kincam, fucuk kering dan suhun.

Simply egg



Saja je nak bagi korang teka, ni daun apa?aku gantung kat situ, bukan nak halau hantu bagai.Daun tu aku nak keringkan.daun ni boleh letak dalam masakan.boleh tambah aroma masakan.



Semalam masak simply telur je.rebus telur, lepas tu goreng dan dibelah dua.letakkan dalam pinggan.





Bahan untuk sos telur :

1) sos cili(life)
2) sos black pepper(life)
3)sos tiram
4) bawang merah racik halus-halus.




Yang penting bawang merah goreng sampai betul-betul naik bau.lepas tu masukkan semua sos tadi.kalau kering, masukkan air sedikit.




Curahkan sos tadi atas telur.




Biasalah model aku yang montel ni.jangan marah.

Wednesday, May 26, 2010

Sakit pinggang punya asam tumis.



Bendi, daun kari, air asam jawa

cili mesin

1)1 inci halia
2)bawang putih 3 ulas
3) bawang merah 4 ulas
4)15 tangkai cili kering





1) tumis daun kari sampai naik bau
2) tumis pulak cili mesin,sampai naik bau dan pecah minyak.Untuk menentukan asam tumis yang terbaek, kena masak cili sehinga betul-betul naik bau.bawang ngan cili kering pun mesti sama-sama balance.kalau bawang terlebih sangat, nanti kuah asam tumis terlampau rasa bawang.asam tumis memerlukan air asam jawa yang pekat.kadang-kadang ada sesetengah asam jawa, megandungi garam .kalau dapat asam jawa cam tu, jangan letak garam yang terlalu banyak.kalau kuah yang korang buat dah terlebih masam, tambah sikit gula, bagi mengurangkan masam.

Berceloteh panjang pulak , lupa pulak kat kuali cili dah garing.okey , lepas tu bolehlah korang letak air asam jawa.biarkan kuah tadi betul -betul mendidih. lepas tu boleh letak bendi.Mungkin korang terperanjat, kalau aku kata aku letak bendi dulu.selalu bendi korang letak kemudiankan.
Aku letak bendi, takut ikan nanti terlebih lama pulak kena masak.Nanti kemanisan ikan hilang.Selang beberapa minit, baru masukkan ikan. Kalau boleh kecikkanlah api ,masa masukkan ikan.



ikan tirusan ni tawar sikit, jadik kalau masak asam tumis, okeylah.




Cam mana terliur tak, asam tumis sakit pinggang?kwang kwang

Come back ngan mee



guna beg recycle.save our planet


Assalamualaikum semua.Rindu betull ngan pembaca setia aku ni.semalam tauke blog cuti kerja sakit pinggang.Jangan ingat bukan-bukan, sakit pinggang , sebab angin.Nanti kalau free aku singgah rumah korang.Balik ofis , aku come back ngan mee black pepper.kasi panas.Gambar kat atas tu bukan nak menunjuk-nunjuk aku pergi shopping, tapi tentang bag recycle.tolong gunakan beg rcycle.korangkan tahu beg plastik, tak boleh lupus.save our planet.




baby carrot dipotong sederhana besar, white button cendawan, black pepper sos(jenama life), kicap pekat + sos tiram





Bahan -bahan

1) ayam buang kulit(dapat yang bertulang punya lagi sedap-(gaulkan ngan kicap cair)-tak syok letak kulit,mee ngan dah berminyak.
2) bawang putih cincang




mee kuning, basuh dan tuskan air.





goreng ayam ngan bawang putih sampai masak.lepas tu masuk baby carrot.baby carrot dah empuk, baru masukkan cendawan.Masak , ni jangan letak garam lagi, sebab sos tu semua dah cukup masin.





mee black pepper bersama baby carrot ngan cendawan.

TEKA SAPA KAT BAWAH JADI MODEL.JENG JENG JENG

V
V
V
V
V
V
V
V
V




yummy yummy yummy

Tuesday, May 25, 2010

Delivery sevices...hampehhhh



Hari tu balik kerja, penat sangat.Aku singgahlah ngan Firdaus , kat kedai burger kat ngan rumah aku.Firdaus happy je, tunggu kat situ.kerusi terbaek punya.sampai situ pukul 6.30 petang.malas nak masak, jawapannya burgerlah.tapi aku tak suka burger, aku prefer benjo.Tak tahulah kurenggg sikit ngan burger ni.



Aku cam nak debik je budak ni(kawan anak aku yang lelaki tu) , baru pulak aku sampai, dia baru nak tolak tong gas.



Baru pulak nak menyalakan api dapur.Dahlah lighter punya besar, tak pernah aku tengok sebesar tu,sebelum ni .Aku rasa setahun tak payah beli lighter kot.kwang kwang



Dia panggil abang dia pulak buat.Lepas tu , dia tengok aku cam boring je tunggu.Dia pun cakap ngan aku "cik , acik balik dulu, sekejap lagi saya hantar" lega aku dengar.aku pun balik.




Tunggu punya tunggu, korang tahu pukul berapa dia hantar?pukul 8.15 malam.Aku tak salahkan dia, cuma aku cakap, ko punya delivery hampehhhhhhh.dia tersengih je.



Cian Firdaus , benggang dan lapar.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina