Thursday, April 1, 2010

semuanya udang kering



Semalam satu hari semua guna udang kering. bukan udang geragau tau. Sebenarnya aku tak suka sangat udang geragau tu.Aku kalau beli suka udang kering sebab dia ada banyak isi sikit.Malam tadi goreng bihun.cuci udang kering dan tumbuk lumat-lumat. selalunya kalau bihun lebih sedap kalau kita guna udang kering atau ikan bilis tumbuk.




tumis cili kering yang dimesin bersama bawang merah ngan bawang putih.jangan guna cili kering banyak sangat , nanti pedas pulak.masukkan garam 1 sudu teh.jangan letak garam banyak, sebab udang kering ngan sos tiram dah masin.




Dah garing masukkan udang kering tumbuk tadi.




letak gula 2 sudu.




letak kicap pekat.ikut suka, kalau nak lebih hitam letaklah sekodi.kwang kwang




letak sawi dulu, kalau letak sawi lambat nanti warna sawi bertukar kuning.





letak bihun cap bintang (semestinya) yang dah direndam. api jangan terlalu kuat. kalau agak kering letakkan air sikit.





letakkan sos tiram.ikut suka



Akhir sekali, letakkan taugeh,..bila bihun dah benar-benar lembut.kacau dan terus angkat.




okey inilah hasilnya.warna sawi tetap hijau.tip mengekalkan warna sayur, terus hijau tadi dah bagikan.




Pagi cucur udang kering. bawang merah kecik dibersehkan.





udang kering cuci berseh.



campurkan tepung gandum ngan garam, baking powder 1/2 sudu teh, taugeh ngan telur sebiji.




masukkan bawang merah yang dah ditumbuk.




udang kering yang dah ditumbuk.




gaul ngan tangan ye. barulah dinamakan air tangan .kwang kwang.bancuh ngan air masak ye.




okey adunan dah siap. adunan jangan terlalu keras.




tunggu minyak betul-betul panas baru goreng.




makan ngan sos buatan sendiri.dulu aku dah tunjuk resepi. sila tengok details recipe disebelah kanan.




cucur udang yang dah siap.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina