Friday, October 1, 2010

Santapan pagi

Apa khabar pembaca blog tersayang. Semoga semuanya sihat sejahtera disamping keluarga tersayang.Rasanya hari ni aku dapat bernafas seperti biasa.Dunia blog dan penulisan dah sinonim dengan diri aku, bak kata Tan Sri P.Ramlee seperti irama dan lagu.Tak mungkin dapat dipisah.Andai dipisah lemah tiada berjiwa. Bukannya besar sangat permintaan aku ni. Dengan blog inilah, aku lagi bersemangat nak buat semua kerja pejabat. Contohnya semalam, blog aku ni tak berfungsi, semua kerja pejabat terberkanglai. Berblog ni macam satu inspirasi pada aku, sebelum memulakan sesuatu kerja.Itu pun dorang tak paham lagi.Kalau tak berblog macam mana aku nak bersemangat.

Pagi ni, hari aku di mulai dengan menyediakan sarapan roti telur.



Sarapan yang begitu mudah hendak disedikan.ambil 3 biji telur dikacau bersama sedikit kicap cair. Celup roti didalam bancuhan telur, bakar diatas kuali yang dibubuh sedikit planta.






Roti telur , family aku suka makan dengan cili sos.Minum bersama secawan nescafe panas.





Cerita petang semalam, lepas waktu bekerja

Aku singgah ke cosway, beli sabun pencuci kain, bedak ppadat, mascara ngan eye shadow. 3 barang make up ni je selalunya aku beli jenama cosway.Bedak padat miyami, yang terbaiklah aku rasa setakat ni .

Masa kat cosway tu , aku tengok ramai juga pelanggan nak membeli barang.Oleh kerana barang yang aku nak beli tu sikit je, jadi budak cina perempuan tu melayan aku dulu.sambil tengok dia mengambil barang aku, mata melilau memerhatikan sekeliling.Aku nampak sebelah aku ,ada perempuan dalam lingkungan umur 40 an. Oh lala blue 3 kotak Perempuan tu minta dari perempuan cina tu.Dalam hati aku tertanya-tanya, apa agaknya oh lala blue tu.Aku cuba nak tanya pada perempuan tu, datang pulak lelaki dalam lingkungan 40an dari belakang terus memaut tangan perempuan tu. Baik aku selak katalog ni, nak tahu sangat pulak aku apa oh lala blue tu. kondom rupanya...... senyum sumbing aku sambil memandang laki bini tu. Pelik perempuan beli kondom.






Pagi tadi , aku naik lif kat flat tingkat 8 yang aku cerita hari tu.Terkejut aku, no kat lif pun boleh hilang di kopak dek penganas.Ganas betullah penduduk flat ni .Daripada ko menganas tak bertempat baik korang buka bengkel motor atau kereta, ada gak feadahnya.


Senyum kambing : Ada kawan perempuan aku pakai kondom, tapi mengandung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina